Status : Why????????? - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Status : Why?????????

04 April 2008

Status : Why?????????

Nik Nurehan | Friday, April 04, 2008 | 0 Komen
Kita sering lakukan yang terbaik untuk dapat kan yang terbaik... Tetapi sering kali kita lakukan terbaik tetapi hasilnya bukan seperti yang kita harap kan... Kenapa?

Adakah ia masih lagi kurang? Apakah kita perlu teruslakukan untuk terus menjadi terbaik dlm sebuah kehidupan? Kenapa kita perlu itu sedang kan ada insan yang hanya lakukan biasa-biasa tetapi dapat terbaik? Kenapa?

Kadang kala kita lakukan terbaik untuk orang, tetapi hasil yg kita dapat bukan seperti yang di harapkan. Kita bukan mengharap balasan tetapi adakah patut kita menerima sesuatu yang tidak semena dan tidak sepatutnya kita dpt dgn layan terbaik kita lakukan? Kenapa?

Adakah kita tidak ikhlas? Sesuatu benda yang susauh nak di ukur. Jika keikhlasan menjadi persoalan, jawapan yang pasti kita sering kali lakukan dgn penuh keiklasan.. Tetapi, di kemudian nya.. Kita pula yang menerima padah dari keikhlasan kita.. Kenapa?Penahkah kita terfikir, tidak mahu lakukan perkara tidak baik kepada orang lain kerana takut satu hari nanti kita akan di timpa benda yang sama? Pernah kah pula kita fikir lakukan yang baik terhadap org lain kerana kita mahu mendapat perkara yang sama dari insan-insan lain dalam kehidupan? Tetapi kita sering di kecewakan! Kenapa?

Ada kala kita berkorban, sehinggakan mengorban kan apa yang kita ada dan sanggup menghadapi risiko demi untuk orang lain.. Tetapi apa yang kita dapat, keremukan hati. Kenapa?

Memikirkan hal sebegini sering kali buat kita rasa kecewa? Apa salah kita? Apa betul perkara kita lakukan ini? Bukan kita harapkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita, tetapi setiap insan pasti mahukan yang baik dalam kehidupan, mahukan yang terindah dalam kehidupan oleh itu kita lakukan yang terbaik.. Tetapi apakan daya kita manusia yang juga hidup dlm kehidupan yang terdiri dari manusia yang juga sama seperti kita.. Cuma mungkin nasib dan ketentuan yang berbeza...

Kehidupan memang memerlukan kita untuk kuat segalanya! Mental dan fizikal.. Jika di kata hati, rasanya hati ini dah puas remuk redam, koyak rabak menahan segala yang di lalui.. Apa kan daya... Kita hanya mampu berdoa, melakukan dan berusaha.. Ketentuan masih di tangan yang Esa..

Biarlah satu hari kita mendapat terbaik dalam kehidupan, merasai nikmat dalam kehidupan dan melihat keindahan dalam kehidupan duni ciptaan tuhan ini... Mungkin hari ini, hati ini terpaksa memeram seribu dan sejuta kekesalan, penyiksaan dan tekanan.. Mungkin satu hari n i segalanya dalam genggaman.. Jika tidak yang pasti bila jantung berhenti berdetup, nadi berhendi berdenyut.. Segalanya akan terhenti.... Ia satu permulaan yang baru!

Cuma kita harapkan.. Segalanya terbaik untuk kehidupan kita.. Amin...

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com