PEMILIK kenderaan persendirian berpusu-pusu sejak jam 7 pagi di 683 pejabat pos seluruh negara bagi mendapatkan pembayaran rebat tunai yang berkuat kuasa, semalam.
Persiapan rapi, selain penggunaan sistem dalam talian (online), membantu kelancaran operasi pejabat pos terbabit.
Kerajaan pada 4 Jun lalu mengumumkan untuk memberi rebat tunai RM625 setahun kepada pemilik kenderaan persendirian bagi petrol dan diesel dengan kapasiti enjin sehingga 2,000cc dan pikap serta jip sehingga 2,500cc.
Tidak terkecuali pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc juga turut menerima bayaran tunai RM150 setahun.
Tarikh akhir membuat tuntutan berakhir 31 Mac 2009.
Pembayaran rebat tunai bagi keseluruhan pemilik kenderaan yang memperbaharui lesen untuk tempoh 1 April hingga 31 Mei lalu membabitkan 1.7 juta kenderaan dengan nilai antara RM700 ke RM800 juta.
Rebat tunai itu tidak layak untuk pemilik kenderaan yang dilengkapi sistem gas asli kenderaan (NGV)

No comments:
Post a Comment