Kerajaan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang seat belakang.. Ladies and gentleman, Kindly be seated and fasten your safety belt....
KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, semua penumpang tempat duduk belakang kenderaan disarankan membiasakan diri memakai tali pinggang keledar yang didapati mampu menyelamatkan nyawa jika terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, berkata tanggal 1 Jun dipilih sebagai permulaan tempoh percubaan yang akan dilaksanakan selama enam bulan sebelum penguatkuasaan peraturan itu diwajibkan.
“Tempoh percubaan ini dilaksanakan untuk membiasakan penumpang bahagian belakang kenderaan memakai tali pinggang keledar, bukan untuk membebankan orang ramai.
Memang ia tidak akan menyebabkan mereka dikenakan tindakan undang-undang jalan raya jika tidak mematuhinya, tetapi sekurang-kurangnya budaya itu dapat membantu orang ramai jika terbabit dalam kemalangan jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) mendapati amalan memakai tali pinggang keledar penumpang bahagian belakang kenderaan boleh menyelamatkan kira-kira 350 nyawa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya setiap tahun. Malah, risiko penumpang terbabit mengalami kecederaan serius adalah rendah.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata penguatkuasaan peraturan pemakaian tali pinggang keledar penumpang bahagian belakang kenderaan di Amerika Syarikat dapat menyelamatkan lebih 160,000 nyawa sejak 10 tahun lalu.
Di Malaysia, kemalangan maut membabitkan pemandu dan penumpang tempat duduk belakang kenderaan persendirian di seluruh negara mencecah lebih 1,600 kes tahun lalu.
Penguatkuasaan itu membabitkan kenderaan yang dikeluarkan selepas 1 Januari 1995. Bagaimanapun, pihak berkuasa memberi tempoh sehingga tiga tahun kepada pemilik kenderaan yang tidak mempunyai kemudahan itu untuk memasangnya.
Peraturan baru itu tidak tertakluk kepada kereta Perodua Kancil dan Kenari yang dikeluarkan pertengahan 1998 hingga 2004.
Ong berkata, tempoh percubaan itu perlu untuk memastikan semua pihak faham pentingnya pelaksanaan peraturan itu terutama daripada aspek keselamatan membabitkan semua pengguna jalan raya.
“Jangan pula apabila peraturan ini dikuat kuasa sepenuhnya barulah orang ramai mengamalkan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang kerana inisiatif baru ini ditetapkan kerana yakin ia mampu membawa kesan positif,” katanya.
Beliau juga mengingatkan pemilik kenderaan supaya merujuk syarikat pengeluar untuk memasang tali pinggang keledar di tempat duduk belakang dan bukan memasang di mana-mana bengkel bagi menjamin mutu produk berkenaan.

No comments:
Post a Comment