Buah Kurma - Khasiatnya - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Buah Kurma - Khasiatnya

03 September 2008

Buah Kurma - Khasiatnya

Nik Nurehan | Wednesday, September 03, 2008 | 2 Komen

Kurma adalah sejenis tumbuhan (palma) atau lebih dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai ‘phonex dactylifera’ yang berbuah. Buah kurma boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakkan pokok kurma tumbuh di negara-negara Timur Tengah yang terdiri daripada pelbagai jenis. Antara buah kurma yang terkenal ialah kurma di Mekah dan Madinah.

Kurma mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia menjadi makanan Rasulullah S.A.W. Rasulullah telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesiapa yang makan 7 biji tamar ‘Ajwad’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”

Terdapat juga di dalam al-Quran yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ketika mana Maryam sedang mengandungkan Nabi Isa A.S.




Maksudnya: “Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak” (Surah Maryam: 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, apabila Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Terdapat penemuan-penemuan yang dilakukan oleh pakar sains perubatan tentang khasiat buah kurma. Antara khasiatnya:-

Kandungan Kalium
Kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke kerana kandungan kalium yang tinggi. Nilai kalori ayng tinggi memudahkan ia dicerna oleh tubuh. Kalium amat penting bagi fungsi tubuh terutama jantung dan pembuluh darah. Fungsi mineral ini membolehkan denyutan jantung yang teratur, mengaktifkan kontraksi otot dan kestabilan tekanan darah.

Komposisi Gizi
Buah kurma tidak mengandungi lemak, namun kandungan karbohidrat dapat membekalkan tenaga yang tinggi. Kandungannya berkisar sekitar 60 peratus pada kurma yang lembek (yang diambil ketika lembek dan mentah) dan 70 peratus pada kurma kering (yang mengering dipohon).

Varietas kurma mengandungi gula glukosa (sejenis gula dalam darah) atau fruktosa (sejenis gula yang terdapat dalam buah-buahan). Kandungan gula tersebut mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Oleh itu, orang yang makan banyak buah kurma akan menjadi segar dan tahan lapar kerana penyerapan gula dalam badan berada pada tempoh yang lama.

Kandungan Vitamin
Buah kurma juga mengandungi vitamin yang penting seperti vitamin A, vitamin B, tiamin, riboflavin serta niasin. Riboflavin dan niasin akan membantu melepaskan tenaga dari makanan dan tiamin membantu melepaskan tenaga dari karbohidrat. Vitamin A dab niasin membantu memelihara kulit yang sihat.

Kandungan Mineral
Kurma juga mengandungi banyak mineral seperti magnesium, potassium dan kalsium. Mineral-mineral ini sangat diperlukan oleh tubuh badan. Serat dalam buah kurma berfungsi mengaktifkan usus yang memudahkan membuang air besar. Dalam kurma juga terdapat suatu hormon (potuchsin) yang membolehkan pencegahan pendarahan dalam rahim.

Related Posts

2 comments:

  1. salam,
    post yg bagus tp ejaan silap skitt le....Phoenix dactylifera (bukan phonex)...
    jgn mare

    ReplyDelete

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com