Tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong). Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90% air. Biji biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tiada biji.
Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat.
Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.
Bentuk buah tembikai berjulat daripada yang bulat hingga bulat yang membujur. Warna kulit dari hijau muda hingga hijau tua dengan atau tanpa jalur. Warna isi boleh jadi merah tua, merah atau kuning.
Varieti buah tembikai terbahagi kepada tiga kelas yang besar berasaskan bagaimana biji benih terbentuk: pendebungaan bebas, hibrid F 1 dan triploid (tanpa biji).
Jeng....jeng.... aku juga ada tanam tembikai... orang kelantan panggilnya 'timun cina' ~~ ni incik kerie kalau ada masa tluang, membantu 'mek(nenek) ......
Kan best leh mkn buah free nanti. hahahaha..
No comments:
Post a Comment