Selamat Berpuasa Dan Salam Kemaafan
Lagi beberapa hari,akan bermulanya Bulan Puasa. Jadi, di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa buat Semua dan Salam Kemaafan andai ada tersalah silap.
Saya hanya insan biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Maaf ya atas segala salah dan silap saya. 10 jari dipohon sebagai tanda kemaafan.
Tak lupa juga berkenaan entry-entry saya, kemaafan dipinta andainya ada menyentuh ataupun pernah mengguriskan hati sesiapa. Tiada niat sebenarnya, apapun sedar atau tidak sedari saya mohon kemaafan juga.
Hidup ini hanya sementara. Besok lusa mungkin ajal kita tiba. Bermaaf-maafan la sesama kita sebelum "Malaikat Maut" menjemput kita.
Selamat Berpuasa dan Salam Kemaafan dari saya
Saya menyusun 10 jari andai tersalah kata dan bahasa
Hidup ini hanyalah sementara
Hargainya sebelum kita menutup mata
Terlajak kereta boleh diundur mudah saja
Terlajak kata dan perbuatan menyesal kemudian hari tidak berguna
Apapun, lesson learn itulah sebaiknya
Salah dan silap, kita hanyalah insan biasa
No comments:
Post a Comment