Drama Ulek Mayang Di Slot Lagenda TV3 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Drama Ulek Mayang Di Slot Lagenda TV3

25 October 2010

Drama Ulek Mayang Di Slot Lagenda TV3

Nik Nurehan | Monday, October 25, 2010 | 2 Komen
Mulai 25 Oktober 2010 ini, Slot Lagenda Ulek Mayang bakal menyerikan siaran di tv3 yang mengantikan siti kelembai. Kali ini, Elly Mazlein bakal memegang teraju utama bagi drama Ulek Mayang bersama Fezrul Khan, Seniwati Mariani Ismail, Fizo Omar dan Sabrina Ali.

Dalam banyak siri tv3, slot lagenda paling saya minat sebab banyak menonjolkan sejarah lama yang diberi nafas baru. Kalau sebelum ini, cerita epik atau dongeng banyak dibaca melalui buku – buku sejarah tetapi kini pendekatan tv3 dengan menaikkan sejarah lama sangatlah sesuai dan tepat pada masanya. Rasanya Slot Lagenda Ulek Mayang macam best jer!

Sinopsis SLot Lagenda Ulek Mayang

Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu.

Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati.

Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.

Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?

Lagu Tema Ulek Mayang kali ini dinyanyikan oleh Elly Mazlein iaitu “Kata Hati”, “Ulik Mayang” dan “Dari Kerana Mata”. Paling suka dengar lagu Ulek Mayang kerana boleh melekakan pendengar dengan alunan yang indah.

Related Posts

2 comments:

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com