
Salam Bloggers.. Salam Nuffnangers..
Nuffnang? semua orang bercakap tentang Nuffnang. Di kalangan bloggers, Nuffnang dah memang glamour.
Ada yang masih tak mengenali Nuffnang? Apa benda ni?
Kalau tak pernah, nie Cik Ann kenalkan serba serbi tentang Nuffnang. Nuffnang adalah satu syarikat yang bertindak sebagai platform untuk menyiarkan iklan-iklan yang telah diberi kepadanya.

Sebagai contoh syarikat Gatsby nak buat promosi tentang deodorant yang terbaru. Kemudian syarikat Gatsby ni akan bayar sejumlah wang kepada Nuffnang untuk membuat iklan pada blog-blog yang wujud di Malaysia. Apabila iklan tu wujud maka bermakna iklan tengah dipasang di blog anda. Kalau takde? Nuffnang tak pasang kat blog korang lah maksudnya. Biasanya pada blogger baru iklan tu kejap ada kejap takde. Kadang-kadang pada waktu malam baru wujud. Rasanya kalau tak silap satu iklan di klik akan mendapat RM 0.25 sen kalau tak silap lah. Mungkin rendah sikit kot? Cube kalau 30 orang sehari ? Do the math ok? Baru sehari tu. Then bila da cukup RM 50 anda boleh mintak cek dari Nuffnang.
Nuffnang ni adalah syarikat pengiklanan sama seperti Google Adsense, iaitu menggunakan konsep Pay Per Click di mana kita akan dibayar setiap klik iklan yang terhasil pada blog kita. Perbezaan ketara Nuffnang dari Adsense yang aku perhatikan adalah:
- Hanya bloggers boleh menyertai Nuffnang, sebabnya iklan hanya dipaparkan pada blog . Syarikat ni bagi peluang bloggers buat duit sebenarnya.
- Kod iklan Nuffnang hanya dalam bentuk banner ( buat masa ini )
- Bayaran per klik adalah dalam Wang Ringgit (RM)
- Terma dan Syarat tidak terlalu cerewet.
- dan banyak lagi lah.
Nak join Nuffnang? Klik Sini
if nak info tambahan boleh tengok blog atie... siap ada tip lagi untuk dikongsi
ReplyDeleteRegard,
Khaizarien Blog
@ Sudi-sudikan melawati Khaizarien In D' House