Kurus, Gemuk, Tinggi, Rendah, bla bla – Salah Ke? - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Kurus, Gemuk, Tinggi, Rendah, bla bla – Salah Ke?

03 November 2010

Kurus, Gemuk, Tinggi, Rendah, bla bla – Salah Ke?

Nik Nurehan | Wednesday, November 03, 2010 | 1 Komen

saya tidak cantik.mereka kurus.saya budak gemok!
Yang gemuk nak kurus. Tapi selalunya, yang gemuklah nak kurus. ... Wanita mana tak nak kelihatan cantik menarik. Hmm.. Kurus pun orang komplen? Apatah lagi kalau gemuk kan? Hahaha.. Biasalah manusia ni, orang kata gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan boleh nampak....

Tulisan hari ni lebih kepada motivasi dalaman dan menyentuh juga mengenai pemikiran klasik vs pemikiran tinggi. Selamat membaca.

Jika anda seorang yang gemuk, paling kurang ada seorang manusia akan mengatakan kepada anda, “gemuknya dia tu…”.

Jika anda kurus, maka ada insan akan berkata, “kurusnya..”.

Jika anda seorang yang teramat tinggi daripada biasa, ada yang akan berkata sambil tersenyum, “tengok tu, tinggi macam galah!”.

Jika anda amat rendah (kenit?), mereka si manusia akan berkata, “hehe, keciknya, rendahnya…”.



Manusia lain hanya tahu berkata dan mengata mengenai orang lain sahaja! Tetapi kekurangan mereka akan cuba dinafi-nafikan dan akan cuba ditutup dengan sejuta lapis penutup agar orang tidak nampak.

Mengapa mereka hanya tahu mengkritik dan memberi komen mengenai orang lain?

Adakah mereka sempurna? Lengkap? Hebat?

Wahai manusia, usahlah hanya melihat dan berkata mengenai orang lain sahaja. Kerana bila tiba satu masa, orang lain pula akan bercakap mengenai kekurangan kamu!

Hisablah diri sendiri dahulu sebelum menyibuk berkata mengenai orang lain.

Kepada anda yang sering menerima ‘tekanan’ daripada mana-mana manusia, usahlah mudah terpedaya dengan kata-kata mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Tidak kisah anda gemuk, tinggi menggalah, kurus macam lidi, pendek macam budak, bulat macam bola, kulit hitam macam arang…

Janji anda berjaya dan lebih berjaya daripada mereka!

Kepada anda yang mungkin lebih sempurna daripada orang lain, mengertilah hakikat hidup ini. Rupa paras dan bentuk fizikal itu BUKAN kayu ukur utama untuk berjaya! Nikmat mata adalah satu ujian. Siapa yang menggunakannya untuk mengata-ngata akan kekurangan orang lain, maka padah baginya. Sesiapa yang sentiasa ingat mata itu sebagai anugerah Ilahi yang perlu dijaga sebaiknya, maka mereka jarang melihat bentuk fizikal manusia lain sebagai kayu-ukur dan penilaian.

Jadilah seorang manusia yang baik hatinya. Pandangan mata terlalu tersasar. Namun pandangan hati yang bersih jua lebih selamat.

Saya menulis ‘luahan’ di atas kerana melihat, mindset (pemikiran) manusia kini masih lagi melihat kepada bentuk fizikal sebagai penilaian utama terhadap seseorang. Ketahuilah! Seseorang itu kurus, gemuk, pendek, tinggi atau cacat, mereka begitu bukan sebab mereka yang mahukan, tetapi ia adalah kehendak Allah lagi-lagi mereka telah berusaha untuk tidak menjadi begitu.

Jika anda mengata yang negatif mengenai bentuk fizikal mereka, secara tidak langsung anda tidak bersyukur dan redha dengan apa yang Allah berikan. Dan secara tidak langsung, anda boleh ‘membunuh’ motivasi mereka. Dan kalau mereka mengalami kesusahan kerana kata-kata anda, tidakkah ia satu ‘dosa’ yang tersembunyi??

Jika kita mengatakan, “Sabar je lah. Fikirkan positif”. Saudara, tak semua orang macam kita yang kuat hatinya. Mengapa kita hanya menasihati si mangsa, tetapi tidak menasihati mereka yang negatif?

Jika anda ada mengatakan mengenai bentuk fizikal seseorang kepada orang lain sebelum ini, maka berhentilah berkata begitu kerana ia tiada manfaatnya. Saya mempunyai seorang kawan yang cacat dan pada satu masa, ia seolah-olah sudah berputus-asa dengan hidup ini kerana kata-kata negatif manusia yang perasan sempurna. Sudahlah. Jangan menilai dan melihat pada fizikal manusia lain. Lihatlah pada kebaikannya dan sebut-sebutkanlah perkara yang baik sahaja mengenainya.

Ketahuilah, walau sepatah yang kita katakan, ia boleh mempengaruhi hidup seseorang. Maka jangan berkata yang negatif! Jika terjadi sesuatu yang buruk pada seseorang disebabkan kata-kata negatif kita walaupun berniat baik, namun kita PERLU bertanggungjawab atas kata-kata tersebut. Maka, eloklah diam daripada berkata yang tak perlu…

Mungkin mereka yang perasan sempurna itu sebenarnya buta. Buta kepada kehebatan yang kekurangan. Walaupun insan-insan yang ‘tak sempurna’ fizikalnya, namun mereka lebih hebat daripada seorang manusia yang lengkap fizikalnya, lebih berjaya dan lebih baik hatinya. Malah yang pelik, mereka mengata di belakang, tapi dalam masa yang sama meminta bantuan daripada mereka yang tak sempurna seperti mereka itu. Manusia, sungguh pelik.

Yang penting, anda perlu ada matlamat hidup, bekerja kuat dan terus-menerus berusaha sehingga berjaya. Bentuk fizikal bukan ukuran untuk berjaya! Tapi ia terletak pada semangat dalaman, matlamat, usaha, hati, ILMU dan taqwa. ‘Apa guna muka hensem dan cantik melecun tapi luka sikit pun menangis: manja’. Ya, hanya mereka yang ada sifat baik lebih dicintai oleh Allah berbanding mereka yang hanya suka bercakap mengenai kekurangan orang lain.

“Be yourself!”. Jumpa lagi.

Sekian.

Related Posts

1 comment:

  1. betol tu..hairan org yg suka mengata orang...mcm lah dia sempurna sgt..

    ReplyDelete

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com