Tepung Boko Ubi Kayu,, "Boko" bermaksud Talam dalam bahasa Kelantan. Cara mengukusnya sama seperti kuih talam ubi kayu yang biasa dibuat tetapi adunannya agak lembut dan dihidang bersama sos santan pekat (kepala santan). Rasa lunak ubi kayu yang lemak manis, di tambah pula dengan sos santan lemak dan masin menambahkan lagi rasa klasik kepada kuih ini.
Kuih ini agak lembut dan tidak boleh dipotong,, apabila menghidang kuih ini di sudukan kedalam mangkuk dan dituang bersama kepala santan yang lemak masin. Kuih ini lebih enak jika dibungkus didalam daun pisang bersama kepala santan, kerana aroma dari pisang membangkitkan lagi keenakkan kuih ini.
Kalau sblm2 ni 4 bukus, rm 1 jerk. tapi hari neh 15/12 bharga 3 bukus, rm 1. haha... kurang dh 1 bukus oke!
kredit to:http://citarasawan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment