PENATAAN lampu antara elemen penting menzahirkan suasana di dalam rumah.
Lampu bukan sekadar elemen menerangkan ruang bilik atau kediaman, tetapi sebagai hiasan dalaman terbaik.
Kebijaksanaan memilih reka bentuk dan motif sesuai berdasarkan konsep dekorasi mampu menterjemahkan keindahan ruang yang diimpikan. Kini, rekaan lampu berubah menampilkan pelbagai jenis lampu hiasan termasuk gaya moden kontemporari. Ketelitian dalam memilih lampu hiasan khususnya reka bentuk dan arah sinar lampu perlu diberi perhatian selain keindahan ruang tampil berbeza jika menggunakan lampu yang memberikan pencahayaan setempat. Suasana juga mampu menampilkan sudut pandangan berbeza jika bijak menyesuaikan kedudukan lampu hiasan dengan perabot atau aksesori hiasan dalaman lain. Lampu hiasan menggunakan teknologi jimat tenaga LED menjadi pilihan kebanyakan pemilik kediaman.
"Persekitaran kehidupan yang baik dan penggunaan tenaga hijau mampu diketengahkan tanpa mengenepikan nilai-nilai estetika,"
Biasanya lampu hiasan dibahagikan kepada beberapa jenis termasuk lampu gantung, lampu siling dan lampu dinding dengan pelbagai reka bentuk, warna dan motif. "Rekaan yang menarik, cantik dan kena dengan keadaan ruang apabila dipasang, cahayanya terang dan romantik selari dengan cita rasa anda.
"Dianggarkan secara global lebih 75 peratus soket lampu ditukarkan kepada pencahayaan LED menjelang 2020,"
Sebelum memilih lampu hiasan untuk ruang kediaman, penting mengenal pasti konsep kegemaran sama ada klasik, moden, kontemporari, ringkas atau suai padan. Pastikan juga jumlah ruang yang menerima penataan cahaya semula jadi bagi mengelak kesilapan ketika menempatkan lampu hiasan.
Perhatikan warna dinding, aksesori hiasan dan kedudukan lampu bagi mengelak sebarang masalah termasuk keluasan dan ketinggian siling. Lampu siling memancarkan cahaya keseluruhan tempat, tetapi kesannya mendatar dan membosankan kecuali digunakan bersama lampu lantai. Sementara itu, lampu dinding sesuai untuk memantulkan cahaya daripada siling atau lantai manakala lampu meja memancarkan cahaya ke satu tempat saja. Jika bercadang membeli lampu meja, pastikan ia mudah digerakkan atau bahagian kepalanya boleh dipusing bagi dihalakan ke tempat diperlukan. Bagi lampu lantai, ia membantu menerangi ruang yang menggunakan lampu siling sementara lampu kristal seperti chandelier kurang sesuai di ruang tamu sempit atau siling rendah.
Lampu di ruang dapur dan bilik tidur perlu disesuaikan dengan reka letak atau fungsi ruang berkenaan. Lampu hiasan dengan alat kawalan pencahayaan memudahkan anda mengawal jumlah penataan cahaya sesuai.
Lovely lights but need to pick one which fits into my house size and within affordable budget.
ReplyDeletelampu chandelier mcm gambar kat atas ni mane ek?boleh tak email sy syahida@iris.com.my.nak g kedia lam gamba ni.hehe
ReplyDelete