Santai santai Seri Nipah Resort Bachok - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Santai santai Seri Nipah Resort Bachok

27 August 2019

Santai santai Seri Nipah Resort Bachok

Nik Nurehan | Tuesday, August 27, 2019 | 0 Komen

SERI NIPAH RESORT

Kg. Kuala Nipah, 
16300 Bachok, 

Kelantan Darul Naim. 


Tercari-cari resort dan chalet untuk percutian, family day atau sebarang aktiviti yang melibatkan organisasi anda seperti kursus dan perkemahan di Kelantan? Dengan kos yang amat berpatutan serta persekitaran yang nyaman dan bersih, Seri Nipah Resort adalah pilihan yang boleh anda ketengahkan.


Antara tarikan utama Seri Nipah Resort ialah mempunyai pantai yang “privacy”, bersih dan pantai sesuai

untuk aktiviti mandi–manda dan berkelah. Selain itu, permainan pantai seperti “soccer beach”, bola tampar
pantai dan lain-lain juga sesuai dilakukan di sini.


Bagi anda yang sukakan aktiviti perkhemahan, di sini memang terkenal dengan
“camping site area” kerana Seri Nipah Resort menyediakan sewa tapak perkhemahan. Pelbagai kemudahan asas lain disediakan seperti tandas awam, surau, dewan yang lengkap
dengan PA system, dan kantin serta kawasan dan tong BBQ dan Sememangnya Resort ini sangat sesuai untuk
Keluaga, Sekolah mahupun Organisasi boleh lah mengadakan aktiviti disini.


Bagi kaki pancing di luar sana boleh melakukan aktiviti tersebut disini kerana resort ini berdekatan dengan Sungai Changong yang menjadi kegilaan ramai kaki pancing untuk memancing, Kemudahan berbeku juga turut disediakan di sini untuk aktiviti di malam hari dan ia sangat menyeronokkan.
Lokasi resort Seri Nipah ini berdekatan dengan bandar Bachok iaitu masuk simpang bertentangan

antara Majlis Daerah Bachok dan Pejabat Pos Bachok, Kelantan.



 





Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com