This is mozzarella corndog.
combination of mozzarella cheese and hotdog.
kebelakangan ni cheese corn dog memang VIRAL. ... Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
Mesti anda semua tertanya di mana corndog ini dijual!!
Boleh dapatkan corndog ini Selera Cik Siti di Dataran Bandaraya Kota Bharu.
Bagi sesiapa yang tidak tahu ( tidak mengenali ) atau tidak pernah mendengarnya boleh bukak waze atau google map deh. Dataran ini berhampiran
Jewel Hotel dan juga Bangunan Mara Kota Bharu.
Kedai ini dibuka pada jam 8malam sehingga jam 12malam. Dibuka setiap malam sahaja.
Anda perlu cepat ya kalau tidak bertabah la untuk beratur! Haha
Nama lagi corndog yang tengah viral!! Anda semua juga boleh menggunakan perkhidmatan “Food Panda” yeee. Jadi tak yah susah susah beratur atau terpaksa keluar untuk menikmatan corndog. “Food Panda” dapat membantu untuk menunaikan keinginan anda.
Kombinasi cheese dalam kebanyakan makanan sudah menjadi trend sejak belakangan ini. Rasanya yang berlemak dan cair di mulut ketika panas, pasti buat korang yang makan akan ketagih untuk menikmatinya
Memang best lagi-lagi apabila keju boleh ditarik panjang.
Harga untuk secucuk corn dog sangat berpatutan bermula dari RM3.00 untuk Yang biasa dan Rm 7.00 untuk harga yang special. Ia adalah sosej yang disalut adunan tepung yang digoreng sehingga rangup dan perang keemasan.
Harganya memang sangat berpatutan untuk makanan jalanan.
Mendo viral,bare sedap, confirm tak akan menyesal ada di Dataran Bandaraya kota bharu...
Makanan ini agak popular sejak kebelakangan ni. Anda pernah mencubanya? Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
Makan panas-panas, dengan keju yang cair di dalam memang sedap….! Kalau dah sejuk jawapannya cheese itu sudah beku dan tak dapatlah ditarik. Hehe.
Itu sahaja lah yang menjadi makanan ini menarik kerana cheese nya!
Terima Kasih Suamiku!!!! Hahaha..
Sayang bini kena la tunaikan permintaannya.
Request 2 hari dah nak makan corndog viral ni. Malam tadi awal awal lagi dah keluar!! Kita pulak yang kena tunggu gerai itu dibuka. Tengok! Tengok!! Sebagai buktinya suami beratur di depan sekali.
Menunggu Corndog yang tgh disediakan oleh staff Selera Cik Siti.
Harga-Harga CornDog dan makanan lain yang anda boleh dapati di Gerai Selera Cik Siti. Tapi best seller atau Top semestinya CornDog ( Hotdog Cheese Tarik)
Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya walaupun sekali. Tapi Mama An rasa sekali cuba InsyaALLAH akan repeat untuk belinya lagi. Satu Corndog pun dah kenyang deh, jadi anda jangan la tamak nak berbatang batang. Hehehe. Maklum lah makan panas panas memang sedap tapi kalau makan lebih lebih agak “muak” juga kot. Eeeeee itu pandangan Mama An jer, jangan disalah erti ok.
No comments:
Post a Comment