Daftar iSURI KWSP Untuk Suri Rumah - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Daftar iSURI KWSP Untuk Suri Rumah

15 October 2019

Daftar iSURI KWSP Untuk Suri Rumah

Nik Nurehan | Tuesday, October 15, 2019 | 0 Komen

Belanjawan 2020: 

KERAJAAN memperuntukkan RM20 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk memanjangkan manfaat Skim Caruman Insentif Suri (i-Suri) tahun hadapan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini, berkata program itu akan ditambah baik bagi membolehkan suami memilih untuk menyumbang secara sukarela sebanyak dua peratus daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) isteri.
I-Suri diperkenal pada 15 Ogos tahun lalu bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.


Siapa golongan yang layak menyertai skim iSURI KWSP?
Untuk peringkat permulaan, skim ini hanya layak disertai oleh golongan yang memenuhi kriteria-kriteria yang berikut:
#1 – Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih termasuk isteri kepada ketua isi rumah, atau ketua isi rumah wanita yang berstatus balu, janda, ibu tunggal atau bujang
#2 – Warganegara Malaysia sahaja
#3 – Belum mencapai umur 60 tahun
#4 – Mempunyai akaun KWSP dan membuat caruman sekurang-kurangnya RM 5 setiap bulan atau RM 60 setahun
Bagaimana cara daftar skim iSURI KWSP?
Bagi golongan suri rumah yang berminat untuk daftar skim iSURI KWSP, boleh ikut langkah-langkah yang berikut:
#1 – Semak status di portal e-Kasih
Untuk semak sama ada anda termasuk dalam sistem e-Kasih atau tidak, boleh semak di pautan yang berikut: Semakan Daftar eKasih


Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan/MyKad, kemudian tekan ‘Klik Untuk Cari’

Ini adalah contoh bagi mereka yang berada di dalam daftar e-Kasih.



Bagi yang tidak tergolong dalam daftar e-Kasih, paparan sebegini akan muncul:


#2 – Daftar skim i-SURI KWSP di mana-mana kaunter KWSP

Selepas disahkan status dalam sistem e-Kasih, maka boleh berkunjung ke mana-mana kaunter KWSP untuk daftar skim i-SURI.
Hanya perlu bawa kad pengenalan/MyKad dan maklumkan pegawai bertugas tentang hasrat untuk daftar skim i-SURI.
Pegawai KWSP akan membantu untuk pendaftaran skim tersebut.
#3 – Buat caruman minimum RM 5 sebulan
Seperti yang dinyatakan di atas, caruman sukarela sebanyak minimum RM 5 sebulan diperlukan untuk layak daftar skim i-SURI KWSP.
Ini adalah sebagai galakan untuk penerima skim ini supaya mereka turut menabung untuk masa depan mereka, di samping menerima tabungan daripada caruman pihak kerajaan,
Lagipun, jumlah caruman RM 5 sebulan adalah kecil dan tidak membebankan.
Caruman bulanan boleh dilakukan melalui saluran-saluran yang berikut:
  • tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (Maybank, Public Bank, BSN atau RHB)
  • pindahan wang melalui perbankan Internet oleh bank yang dilantik (Maybank atau Public Bank)
Apakah manfaat daftar skim iSURI KWSP?
Sebagai peserta skim iSURI KWSP, peserta juga akan turut menikmati manfaat sepertimana pencarum KWSP yang lain seperti:
  • bayaran dividen tahunan
  • bantuan hilang upaya dan kematian
  • pengeluaran simpanan
  • pengecualian cukai
Lagipun, dengan mendapat sumbangan caruman daripada kerajaan berjumlah RM 40 sebulan bersamaan RM 480 setahun, itu pun sudah dikira baik.
Bayangkan, bagi seorang wanita yang layak berumur 30 tahun, membuat caruman minima RM 5 sebulan dan menerima caruman kerajaan RM 40 sebulan, selepas 30 tahun pada usia 60 tahun, anggaran yang bakal diperoleh adalah sekitar RM 44,000 (anggaran dividen KWSP 6% setahun)
Bagi yang berumur 40 tahun pula, dengan jumlah caruman yang sama, anggaran yang bakal diperoleh pada usia 60 tahun adalah RM 20,000
Sekurang-kurangnya, pada usia tua, peserta iSURI KWSP mempunyai simpanan sendiri daripada langsung tiada simpanan.
Kalau ada rezeki lebih, boleh tambah lagi jumlah caruman sendiri supaya jumlah simpanan akhir lebih besar.
Jadi, bagi wanita yang memenuhi syarat-syarat yang melayakkan untuk sertai skim iSURI KWSP ini, secara peribadi, saya galakkan untuk rebut peluang ini.
Untuk simpanan hari tua 🙂


Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com