JJCM di Warung Pok Mat Pulau Pisang - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: JJCM di Warung Pok Mat Pulau Pisang

12 October 2019

JJCM di Warung Pok Mat Pulau Pisang

Nik Nurehan | Saturday, October 12, 2019 | 0 Komen


PENAHKAH anda menikmati minuman teh madu, panas atau sejuk? Sesungguhnya ia satu kelainan berbanding menikmati air teh atau teh ais yang biasa kita minum.

Campuran teh, madu lebah asli dan susu tepung ini menghasilkan buih yang banyak. Buih ini membukit di dalam gelas sehingga meleleh keluar gelas. Inilah keistimewaan dan kelainan teh madu. Buihnya nampak cantik dipandang.

 



Terpulang pada anda memilih untuk menikmati teh madu panas atau sejuk. Anda juga boleh memilih untuk memesan teh ais specialTeh ais istimewa ini mempunyai resipi tambahan iaitu aiskrim,

Ia dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang


Selain teh madu, Warung Pak Mat juga dikenali dengan masakan sup ikan dan daging. Inilah menu makanan istimewa di warung ini seperti juga istimewanya teh madu.


Untuk sup ikan anda boleh memilih kepala ikan atau isi ikan. Yang pasti isi ikannya lembut. Begitu juga sup daging, lembut tidak liat. 

Sedap untuk dihirup tetapi perlu berwaspada kerana ada cili padi yang dipotong halus dalam sup tersebut bagi menambahkan kesedapannya. Tersilap hirup akan tergigit cili padi. Pastinya pedas!

Harga sup daging dan ikan berlainan. Harga sup kepala ikan dan isi ikan juga berlainan.


Nasi putih, hirisan timun dan sambal belacan.  Sambalnya enak tetapi awas ia agak pedas! Jadi pastikan air teh madu ada di sisi.




Warung Pok Mat Pulau Pisang
* Kalau bagi pendapat jujur Mama Ann, lebih menyukai gulai kuning ikan siakap berbanding sup daging.
Kalau Sup daging Mama Ann bagi 2 star kalau gulai ikansiakap boleh 4 star oke.

 
Anda rasa harganya berpatutan atau tidak?? Jawapan itu hak anda.

  


 

 

 

 


Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com