Jom singgah Kopitiam Meletop KB - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Jom singgah Kopitiam Meletop KB

11 October 2019

Jom singgah Kopitiam Meletop KB

Nik Nurehan | Friday, October 11, 2019 | 0 Komen

NAma Kedai : Kopitiam Meletop ( Jalan sultanah Zainab) berhampiran dengan dataran Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Kopitiam Meletop ada Cawangan Kota Bharu dan juga Di Taman Ukay Bistari
Dibuka pada jam 7.30pagi - 4petang.
Dibuka setiap hari kecuali hari selasa.




Instagram : https://instagram.com/kopitiammeletop_kl?igshid=o6ct9sp8tiwl



Ia cukup sinonim dengan negeri Kelantan yang sering menyajikan nasi kerabu di waktu pagi sebagai sarapan. Selain nasi kerabu, ada juga hidangan lain seperti nasi berlauk gulai ayam, nasi berlauk ikan, nasi lemak dll.
 

Nasi kerabu adalah sejenis nasi ulam berwarna kuning ( ada juga bewarna biru) , bila disebut pasti semua orang teringat akan negeri yang digelar serambi mekah di Malaysia iaitu Kota Bharu, Kelantan. Kalau ke sini tak perlu pikir nak parking mana sebabnya Kopitiam Meletop sudah menyediakan kawasan parkir yang luas. 
Yang peliknya roti bakar bsama telur masak separuh dimakan dengan kuah kari. Anda dah biasa makan atau pernah kali mendengarnya?? Hahaha...
Jadi kalau anda anda semua ingin rasakan keunikkan menu ini boleh lah ke sini untuk mencubanya. InsyaALLAH anda akan menyukainya. 




Kami kongsikan Total Harga kami Breakfast Pagi ini di Kopitiam Meletop ini:

1Nasi Kerabu Ayam Goreng +
1Nasi Lemak Ayam Goreng +
1Roti Kueh Kari +
1Air Teh O Benga = Total Semua RM18.50 sahaja.

* Tidak diketahui dengan jelas asal usul nasi kerabu, tetapi dalam masyarakat Melayu tradisional dan masyarakat Siam, ulam menjadi makanan harian mereka. Di Thailand, nasi kerabu dikenali sebagai Khau Jam. Tidak banyak perbezaan di antara nasi kerabu dengan khau jam, kecuali perbezaan citarasa tumis dan bahan yang dijadikan sos sahaja.












Banyak lagi info info menarik yang akan kami kongsikan untuk promosi #VisitKelantan2020

Jangan Lupa Layari Blog Ini Yer,
http://www.niknurehan.com

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com