Diabetis adalah penyakit yang tidak akan sembuh atau hilang dengan sendirinya. Penyakit ini boleh dikawal daripada menjadi lebih kronik dan mengelak daripada mendapat komplikasi akibat penyakit ini. Salah satunya adalah melalui kawalan diet dan pemakanan.
Mengawal pengambilan makanan adalah rawatan penting di dalam pengurusan penyakit diabetes. Pesakit biasanya akan dirujuk kepada pakar pemakanan untuk memastikan pengawalan gula darah lebih baik dan terkawal melalui diet.
Penyakit ini dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana penghidapnya tidak mempunyai simptom yang jelas sehingga pesakit mendapat komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, serangan jantung dan strok, mata menjadi kabur atau buta malah ada kalanya gangren pada anggota kaki dan tangan sehingga menyebabkan amputasi.
“Penyumbang kepada penyakit ini adalah masalah berlebihan berat badan hingga menyebabkan obesiti, kurang bersenam, pengambilan makanan yang melebihi keperluan harian, tinggi kandungan gula dan karbohidrat dan pengambilan serat yang kurang di dalam diet harian.
“Walaupun diabetes tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dikawal melalui pemakanan yang seimbang dan sihat, di samping pengambilan ubat atau insulin mengikut jadual,”
"Diabetes boleh dicegah seandainya masyarakat peka untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta kurangkan gula dalam makanan dan minuman seharian",
No comments:
Post a Comment