Ayang Cafe Kasih Sayang, Sarapan Pagi di Kota Bharu - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Ayang Cafe Kasih Sayang, Sarapan Pagi di Kota Bharu

12 November 2019

Ayang Cafe Kasih Sayang, Sarapan Pagi di Kota Bharu

Nik Nurehan | Tuesday, November 12, 2019 | 20 Komen

Ayang Cafe.
4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Kafe Ayang dibuka 7 hari seminggu dari jam 6.30 pagi hingga 3.00 petang.
(Cafe ini berhadapan Masjid Diraja Long Yunus, Langgar)

Kafe yang dimiliki Cik Nor Hazelizan Mamat atau lebih mesra dengan panggilan “izan” atau “kak izan”. Orangnya sangat sporting, baik, suka menderma dan suka kasi diskaun. Yang best ayang cafe ini menawarkan “air teng o beng” dengan PERCUMA. Mana nak cari cafe sebegini kan! Kalau di tempat tempat lain akan mengenakan bayaran sekurag kurangnya Rm1. Pelanggan memiliki keistimewaan untuk memesan air “teh o beng” tanpa sebarang limit. Alhamdullilah murah rezeki pemilik Ayang Cafe.

Roti Ayang ini dijual dengan harga RM5 di Ayang Cafe. Kaya yang diletakkan di atas roti pula disapu dalam kuantiti yang sepatutnya, tidak terlebih dan tidak pula terkurang selain memastikan telur separuh masak, dimasak sempurna.

Roti ini lebih kurang Roti Titab cuma di sini panggilan nya “Roti Ayang”. Jangan salah sebut deh kerana disini tidak ada roti titab. Roti ayang ini bersempena pemiliknya “kak izan” suka menggunakan panggilan “sayang” kepada pelanggan pelanggan nya tidak kira tua muda, lelaki mahupun perempuan.

Roti Thick Toast iaitu roti bakar mentega kacang yang disapu dengan susu pekat manis. 

Selain roti roti, ada pelbagai jenis nasi yang ada di Ayang Cafe. Jadi tiada alasan untuk pelanggan datang ke sini. Banyak pilihan membuatkan anda semua boleh memilih sarapan dengan happy. Semua jenis makanan ada cumaaaaaaaa datang awal okey. Disebabkan cafe ini sememangnya viral di kota bharu. Jadi mustahil lah untuk datang lewat ke sini. Jawabnya kena berdiri untuk mencari meja atauuu hanya boleh makan roti sahaja. Ye lah nama lagi viral kedai pun kehabisan nasi Tapi tidak bermakna lah anda tak dapat makan. Boleh!!!! Roti sini ada macam macam jenis juga. Kalau untuk anak anak, mereka lebih memilih “mini bun” kerana bentuknya kecil kecil dan nampak comel!

 






 


 


Cafe yang simple tapi ramai peminatnya. Dihiasi dengan package berwarna “pink”. Semua “pink” dari kerusinya, signboardnya, uniformnya, bekas sudunya, bakul nasi dan lain lain. Memang trademark kedai ini semuanya “pink”. Kiut kan!

Suasana di persekitaran Ayang Cafe! Mama Ann dah buktikan yang kedai ini ramai peminatnya!! Cafe pagi yang Viral! Semua orang suka ke sini. Pemilik Cafe ini yang sangat peramah, begitu juga pelayan pelayan di sana. Sangat cekap bekerja dan melayan kerenah pelanggan.


Bagi pelanggan luar dari Kota Bharu, jemputlah datang ke sini untuk bersarapan pagi ya. InsyaALLAH sebagai pelanggan yang pertama kali pasti berpuas hati dan InsyaALLAH anda pasti akan kembali. Dan bagi pelanggan pelanggan yang selalu ke sini, alhamdullilah kerana menyokong “Ayang Cafe Kasih Sayang”.

Pesanan dari Ayang Cafe :
TERIMA KASIH ALLAH HADIRKAN INSAN YANG PENUH KASIH SAYANG DI BAWAH BUMBUNG AYANG CAFE....YANG SENTIASA DOAKAN BAIK BAIK UNTUK AYANG CAFE TERUS BERTAHAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN.....DAN UNTUK AYANG CAFE KONGSI REZEKI ALLAH BERSAMA HAMBA HAMBA NYA....CAFE KASIH SAYANG DI KOTA BHARU KELANTAN.....

Related Posts

20 comments:

  1. Roti Ayang favourite kita! Nanti ke KB boleh terjah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila. tapi kalau time cuti sekolah. memang ramai orang, kalau lewat je mesti nasi cepat habis. tapi insyaALLAH roti ada je.

      Delete
  2. cantik kafenya bertemakan warna pink! in shaa Allah kalau ada rezeki nk ke kota bahru bolehlah singgah nnti. done follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pink. cantik mata memandang. yeaaa wajib singgah!! memang viral ayang cafe ni.

      Delete
  3. Dah lah nama kafe Ayang Cafe pastu lak menggunakan warna tema pink memang sangat unik dan menarik sekali. Tapi sayang buat suami-suami yang datang makan sini ngan kawan-kawan nanti isteri tanya abang pergi mana Kafe Ayang tak pasal-pasal gaduh lak wakakakaka.. (Just joke jer).. Nampak makanan kat sini semua sedap belaka..

    ReplyDelete
  4. hahaha... kalau dah kenal tokey takde masalah. memang akak izan tu dah biasakan diri panggil custnya sayang. rasanya tak ada masalah kot! hehe. semua sporting kan!.

    ReplyDelete
  5. Waduhhh sedapnya tengok. Tak pernah lagi sis makan roti cam tu, nampak sedap yg amat. Tapi tu lah..jauh le pulak nak merasa..

    ReplyDelete
  6. Menarik la makanan bungkus-bungkus semua ada bermacam jenis, ingatkan kuih-muih yang dalam bakut tu tadi. Pemurah juga pemilik cafe ni kan, semoga perniagaan terus maju dan berkembang insyaAllah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua jenis nasi ada di dalam bakul. memudahkan pelanggan macam kita untuk memilihnya. sendiri nak makan, sendiri amik kat bakul. pelayan cuma amik order air dan roti sahaja. pembayaran, panggil je tokey tu. nanti dia datang ke meja kita.

      Delete
  7. Wahhh meriah betul hidangan sarapan pagi di Kelantan ya. Macam-macam pilihan ada. Nie mau rambang mata nak pilih menu. Semuanya nampak sedap betul. Rasa teringin nak cuba semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tuan. kat sini banyak pilihan. alhamdullilah kenyang la makan pagi tu. lagi pun kat kota bharu ni memang famous dengan nasi berlauk. kalau x pekena nasi pagi pagi macam x lengkap gitu.

      Delete
  8. wlaupn kedai dia simple, tp makanan yg disediakan mmg special2 semuanya. especially roti ayang tu, x prnh nmpk cara hidangan sprti itu dan mmg x sabar nk cuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaaaa simple shj kalau kt kota bharu. nama lagi nak makan pagi kan.

      Delete
  9. Kena datang Kota baru la boleh rasa ni..Bagusnya free air teh o beng..rasanya macm mne ye..unik sangat kedai dia, warna pink..nama kedai pun ayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teh o beng tu maksudnya tea o ais. kalau di kota bharu sekurangnya di caj rm1.00 tapi kat situ free je. save la sikit makan pagi di kedai kan.

      Delete
  10. Dah pernah tahu pasal kedai ni sebab pernah viral kat FB dulu, kalau ada kesempatan pegi Kelantan, definitely akan try :)

    ReplyDelete
  11. dari jauh dah nampak kalau kalernya meriah macam ni ...next time nak buat jugak jalan2 cari makan kat kelantan ...selalunya sampai tapi jarang dapat jjcm sebab jadual sangat tight....

    ReplyDelete
  12. mek pernah sekali je ke sini sebab kat sini sentiasa penuh. recommended jugak lah untuk orang belah luar datang ayang cafe ni bagi mereka yang nak ke one stop tapi semua jenis makanan ada.

    ReplyDelete
  13. wow menariknya kedai ni sebab semua warna pink. hehee. macam best je kalau pergi. harga pun not bad la. roti-roti dia pun nampak sedap semua.

    ReplyDelete

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com