Bulan Sukan Negara 2019 dengan memeriahkan Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan 2019 pada 16 November 2019 (Sabtu) bermula jam 7 Pagi di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV.
Bulan Hari Sukan Negara adalah inisentif Kementerian Belia Dan Sukan merelisasikan wawasan 2020 untuk kita Menggalakkan Rakyat Malaysia bersukan. Bagi Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan kita adakan di Bulan November kerana Negeri Kelantan ada tempoh berkabung sehingga 6 November. Sepatutnya Bulan Hari Sukan diadakan bulan OCT jadi disebabkan ada kemangkatan, Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan mohon kelulusan khas daripada Kementerian pada Bulan 16 November 2019 (SABTU) dan ia berlansung di Dataran Stadium Muhammad ke 4 seawal 7.30 pagi.
Objektif dan Tujuan :
- Membudayakan dan mempupuk semangat bersukan
- Memfokuskan dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran Rakyat Kelantan yang pentingnya bersukan.
- Mengeratkan silaturahim supaya kita lebih mesra dengan ahli keluarga, sahabat sahabat
- Pengajuran ini adalah satu pengiktirafan kepada semua rakyat Kelantan dan memberi peluang kepada mereka untuk bersukan tanpa mengeluarkan wang/modal.
Program ini Terbuka atau terhad untuk golongan golongan tertentu sahaja?
Penganjuran Bulan Hari Sukan Negara ini adalah terbuka tanpa menghadkan golongan golongan tertentu dari kanak kanak tadika sehingga orang tua untuk seluruh Rakyat Kelantan. Golongan Istimewa juga dialukan. Tiada pengecualian untuk sertai.
Kemuncak Pelancarannya pada 16 November 2019.
Bagi Rakyat Kelantan, Bagaimana untuk sertai?
Bagi yang berminat untuk sertai Bulan Sukan Negara, boleh berdaftar secara online atau secara manual. Bagi yang walk in akan ada QR CODE di lokasi kawasan pelancaran untuk memudahkan pengujung untuk berdaftar secara online. Secara manual boleh dapatkan borang di khemah Meja Urus Setia. Sesiapa yang berdaftar akan dibekalkan Snack pack dan disertai No Cabutan Bertuah.
Apakah Program yang bakal diadakan di Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan.
Ada pelbagai program, 12 Program antaranya fun walk, fun run, fun ride, fitness together(erobik), demokrasi silat, demokrasi taekwondo, pertandingan bola jaring 3 on 3, pertandingan beyblede (kategori kanak kanak & dewasa), sukan wanita menjurus sukan tradisonal, sukaneka kanak kanak dan sepak penalti untuk orang istimewa.
Bagimana program sukan ini boleh mengurangkan gejala social.
Akan dilaksanakan SUKAN PPR (Projek perumahan Rakyat) pada 21 November 2019 DI Wakaf Mek Zainab. Dengan pelaksanaan sukan ini, dapat mengurangkan gejala yang tidak baik dengan disajikan program program secara tidak lansung perkara tidak berfaedah dapat dikurangkan.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan mengharapkan melalui Program ini Rakyat Kelantan akan sedar kepentingan Bersukan.
Lokasi Penutupan jalan Sempena Hari Sukan Negara 2019 Peringkat Negeri Kelantan.
Laluan akan ditutup bermula 6.00 am - 9. 00 am 16.11.2019 (Sabtu)
1. Jambatan Sultan Yahya Petra ke KB (Fly Over)
2. Bulatan Tuan Padang
3. Simpang Jalan Mahmood
4. Trafik light Wakaf Siku
5. U-Turn fly over wakaf Siku
6. Trafik light Wisma
Penutupan Jalan akan dibuat oleh pihak Penguatkuasa MPKB
No comments:
Post a Comment