ALLAHUAKBAR
Sembah Tahniah Kehadapan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
SULTAN MUHAMMAD Ke 5
Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim.
Sempena
UlangTahun Hari Keputeraan
AL- SULTAN KELANTAN Yang Ke 50 tahun bagi tahun 2019.
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meminta lima projek yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk dibangunkan di negeri itu dapat dilaksanakan segera supaya pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan secara berterusan.
Ia membabitkan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur fasa tiga; menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP); pembinaan jalan raya menghubungkan Pasir Puteh-Machang-Jeli; Lebuhraya Central Spine Road dan Jambatan Palekbang-Kampung Cina.
“Beta berharap kerajaan negeri dapat membantu dan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk menyegerakan pelaksanaan projek berkenaan,” titah baginda.
Baginda bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-50, di Istana Balai Besar di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, baginda bertitah tahun 2020 diisytiharkan kerajaan negeri sebagai Tahun Melawat Kelantan yang bertemakan ‘Kelantan di Hati’ dan elemen ‘family, food, festival’ (3F) dengan sasaran kemasukan pelancong seramai 5.5 juta orang.
“Pada hemat beta, tema ini bertepatan dengan hasrat kerajaan beta ingin menarik perhatian pelancong berkunjung ke negeri ini di samping dapat menikmati makanan selain menyaksikan pelbagai acara serta festival menarik yang disusun,” titah baginda.
Sultan Muhammad bertitah, baginda mendapat maklum bahawa kerajaan negeri memberi penekanan khusus terhadap perancangan pembangunan bandar baharu di Kelantan.
“Pembukaan bandar baharu bakal memberi lebih banyak aktiviti ekonomi yang secara langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Sehubungan itu, beta mengalu-alukan pembabitan pelabur untuk merebut peluang dalam membangunkan bandar baharu.
Credit : Berita Harian.
No comments:
Post a Comment