Seni lukisan jalanan mural dan graffiti merupakan suatu seni yang dipamerkan di dinding-dinding bangunan yang kebanyakkannya dapat kita lihat di kawasan bandar pada masa kini. Kegiatan seni lukisan mural dan graffiti pada masa kini kian berkembang pesat demikian disebabkan oleh inisiatif pihak pengurusan perbandaran untuk mencantikkan kawasan persekitaran bandar selain menghargai kegiatan seni. Ini dapat menarik perhatian pengunjung dan memperlihatkan persekitaran yang meriah dan ceria dengan karya-karya graffiti di dinding-dinding bangunan. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada bakat-bakat muda untuk mengaspirasikan bakat yang meraka perolehi dengan berkarya.
Seni awam di kawasan bandar akan membantu meningkatkan kualiti visual di sesuatu kawasan. Dinding yang membosankan akan diberikan kehidupan atau pandangan baru dengan penambahan seni mural atau 3D. Seni ini dijangka akan menyumbang secara visual dan pengalaman terhadap kualiti kehidupan masyarakat yang mengalaminya sebagai elemen dalam persekitaran harian mereka. mural merupakan suatu kata yang berasal daripada latin yang membawa maksud Murus yang bermaksud dinding.
Mural merupakan suatu lukisan besar yang memenuhi ruang bangunan atau ruang-ruang dinding. Seni mural ini merupakan salah satu bentuk seni rupa tetapi mempunyai maksud atau nasihat yang terkandung di dalamnya untuk diperlihatkan kepada khalayak umum. Seni mural ini dapat dihubungkan dengan kata atau ungkapan sebagai seni kontemporari, seni lukisan kontemporari ini telah mentakrifkan lukisan mural adalah lukisan yang telah dibuat diatas dinding sebagi penghias yang boleh dikendalikan melalui dua cara iaitu secara langsung pada permukaan dinding seperti fresco atau di papan serta tapak untuk dipasang pada dinding. Graffiti merupakan suatu lakaran yang dibuat pada dinding.
Graffiti merupakan perkataan yang berasal dari itali yang membawa maksud graffito yang membawa maksud lakaran. Ia merupakan sesuatu cabang seni lukisan kreatif yang membawa nilai estetika yang tinggi sangat tinggi dan kebanyakkan pengkarya grafitti ini dipelopori oleh golongan muda. Seni graffiti ini merupakan platform yang sangat berguna kepada golongan muda kerana aktiviti ini memberi peluang kepada golongan muda mengekspresikan bakat yang ada pada mereka dengan berkarya graffiti.
Seni lukisan jalanan mural dan graffiti merupakan salah satu seni yang dipamerkan di dinding-dinding bangunan di mana kebanyakkannya dapat kita lihat di kawasan perbandaran pada masa kini. Kegiatan seni lukisan jalanan mural dan graffiti pada masa kini kian berkembang pesat demikian oleh inisiatif pihak pengurusan perbandaran untuk mencantikkan kawasan persekitaran bandar dengan mengunakan seni. Pihak berkuasa tempatan juga memberikan kebenaran kepada pengiat seni di dalam mural dan graffiti mengekspresikan kesenian yang dimilikinya dan diolahkan di dinding-dinding bangunan tanpa perlu meminta kebenaran kepada pihak yang berkenaan untuk melakukan aktiviti berkenaan tetapi haruslah dengan alasan untuk memperbaiki pandangan sekitar sesuatu kawasan. Seni lukisan jalanan mural dan graffiti ini juga boleh dikatakan sebagai suatu artifak. Ini kerana sesuatu hasil seni tersebut mempunyai makna atau pengisian tentang sesuatu watak, pandangan, nilai moral dan budaya.
#visitkelantan2020 #bloggerpantaitimur #bloggermalayasia #bloggerkelantan #artstreet
No comments:
Post a Comment