Masjid Ar Rahman Pulau Gajah, Kelantan - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Masjid Ar Rahman Pulau Gajah, Kelantan

09 November 2019

Masjid Ar Rahman Pulau Gajah, Kelantan

Nik Nurehan | Saturday, November 09, 2019 | 0 Komen
Masjid Ar Rahman
Kampung Pulau Gajah, Pulau Gajah, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Tersergam indah di kawasan hujung perkampungan, masjid sumbangan dan cetusan idea pembinaannya daripada seorang ahli korporat kira-kira tiga tahun lalu kini menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negeri.

Imam masjid berkata masjid yang dibina menggunakan beberapa jenis kayu termasuk cengal dan jati dengan kos lebih RM6 juta menampilkan gabungan seni hiasan sekurang-kurangnya daripada lima buah negara selain mempamerkan kehebatan seni bina Melayu.



 
Di tengah ruangan solat pula terdapat lima tiang daripada kayu balak asli yang membawa simbol kepada lima rukun Islam, malah di lelangit masjid pula terdapat lakaran 15 bintang yang diilhamkan dari Masjid Biru Turki serta ukiran bulatan empat nama Khulafa’ Ar-Rasyidin.
“Keindahan masjid ini juga cuba diterjemahkan pada setiap sudut dengan hampir 80 peratus adalah ukiran tangan iaitu 99 nama ALLAH serta ayat suci al-Quran termasuk Surah Yaasin, Al-Mulk dan juga Ar-Rahman yang membuatkan masjid tidak putus-putus dikunjungi,”
“Kombinasi hiasan masjid yang dipertontonkan dibawa khas dari pelbagai negara antaranya pintu utama masjid ini diimport dari Yaman, dua tiang yang berwarna hijau di mimbar masjid pula dari Maghribi, set geduk dari Indonesia, lampu gantung dari India dan paip yang unik untuk berwuduk pula diimport dari Turki.
“Cetusan dan idea ini diilhamkan oleh individu yang membiayai pembinaan masjid ini apabila beliau sering kali merantau ke luar negara dan mengambil sedikit sebanyak konsep idea masjid-masjid yang pernah dilawati terutama Masjid Agung Demak, Indonesia selain masjid di Turki dan juga Maghribi.
 
Sementara itu, seorang tukang ukir yang mahu dikenali Salleh, 46, yang berasal dari Jepara, Indonesia berkata kesemua ukiran tangan yang ada di masjid itu di buat olehnya serta lima lagi rakan berasal dari negara yang sama.
"Ukiran yang terdapat di masjid ini ada yang diukir sendiri oleh kami dan ada yang diimport dari Indonesia. Tempoh bagi menyiapkan satu keping ukiran tangan ayat suci al-Quran seperti surah Yasin mengambil masa hampir tiga bulan.
“Ia memerlukan penelitian yang sangat tinggi semasa mengukir bagi memastikan setiap ayat suci al-Quran itu adalah tepat, dan kebiasaanya ia akan disemak oleh individu yang mahir terlebih dahulu sebelum diletakkan di dinding bagi menjaga kesucian ayat al-Quran tersebut,”.
 

 


 






 

 

 











 



 

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com