Cuti Sekolah sudah tiba! Hip hipp horeeey! Anak anak tidak lagi bergaduh manja dengan ibu bapa untuk ke sekolah pepagi lagi. Hehe.
Mama ann pasti pelbagai kerenah, perangai yang ditunjukkan anak anak dari “bangun pagi”.
Tapi bila dah cuti sekolah. Aikk automatik mudah benorrr bangun. Pelik kan. Ann bukan nya bercakap hal orang lain tapi itu adalah pengalaman Ann sendiri. “Peram tido” itu wajib walaupun tidur tidur ayam selepas dikejutkan tetapi “perangai peram” mesti ada dalam diri masing masing.
Tadaaaaaaa Program Rekreasi & Animasi yang ada di Muzium Negeri Kelantan telah belansung sehingga hujung bulan december ini.
Sebagian besar sudah pernah mendengar kata Virtual Reality (VR). Namun, untuk yang belum tahu atau familiar dengan kata itu, VR merupakan sebuah teknologi yang membuat penggunanya dapat berinteraksi terhadap suatu objek dengan visualisasi 3D atau gambar berhologram yang disimulasikan oleh komputer.
Pameran ini memberi ruang kepada minat pengunjung terutama para pelajar dan kanak-kanak untuk mengenali watak-watak animasi yang dipaparkan dan memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri dunia interaktif dalam bermain permainan maya
Sepanjang tempoh diadakan dengan harga tiket yang dikenakan pada kanak-kanak dengan harga RM5 manakala dewasa RM8.
Alhamdullilah Cikgu cikgu mengambil bahagian dengan membawa pelajar pelajarnya ke pameran ini. Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan dengan belajar, menyanyi, menunjukkan bakat, dan mempupuk minat bekerjasama dan melakukan aktiviti berkumpulan. Selain itu pelajar pelajar juga dihiburkan dengan maskot maskot yang “comel”.
Jadi bagi sesiapa yang tinggal sekitar Kota Bharu atau Kelantan yang mempunyai masa terluang boleh la singgah ke sini dengan membawa anak anak. Aktiviti keluarga itu penting bagi mengeratkan hubungan sesama diantara ibu bapa dan anak.
Ada di antara mereka yang berkata, “Saya nak jadi ahli bomba!
Mereka berpeluang memakai pakaian bomba. Mana nak dapat pakai pakaian bomba selain dari pameran ini. Hanya sekadar tengok The Real Balai Bomba tak “enjoy” dibandingkan di sini dapat merasa sendiri dan mengambil pengalaman walaupun aktivitinya terhad.
#visitkelantan2020 #kelantandihati #muziumnegerikelantan #pamerananimasidanmuzium
Totally worth! keterujaan anak anak memang “A”. Ini bukan small kids je seronok, big kids pun tak sabar! Overr rall it was a nice experience lah. For the kids and parents too.
No comments:
Post a Comment