Kami dari Youtuber Kelantan dijemput mengikuti Program Cintai Sungai dan Budaya yang dianjurkan oleh Pemilik Singgora iaitu En Mohamad Bin Salleh atau lebih mesra dengan panggilan Abe Mat. Program ini diadakan pada Hari Ahad bersempena hari cuti ganti Maulidur Rasul. Acara ini dimulai dengan acara sarapan pagi mengikut cara kelate disusuli program membersih sungai yang berdekatan dengan Singgora Homestay. Sungai yang bersih adalah nadi kehidupan. Aktiviti sungai sangat mengujakan jika tahap kebersihan sungai dipertingkatkan. Hidupan air juga boleh sama2 menumpang hidup.
Aktiviti ini dilakukan dengan menaiki rakit. Bayangkan peserta tidak pernah menggunakan rakit sehinggakan rakit itu terbalik. Suasana menjadi 'kecoh' dengan 'gelak tawa' yang menceriakan suasana. Disamping itu menambahkan erat perhubungan antara satu sama lain. Rakit ialah suatu struktur rata untuk sokongan atau pengangkutan melalui air.
Rakit buluh adalah salah satu kenderaan yang digunakan untuk bergerak dari satu tempat kesuatu tempat pada zaman dulu.Pada masa itu kebanyakan rumah-rumah berada ditepi sungai berbanding sekarang kebanyakan rumah di bina ditepi jalan raya.
Untuk membina rakit ini memerlukan bahan-bahan seperti buluh yang terpilih yang panjngnya antara 20-25kaki sebatang,tali mengikut keperluan ,kayu mengikut besar bidang rakit dan parang untuk kegunaan semasa membina rakit
Saiz rakit yang dibina biasanya mengikut muatan atau ramai peserta yang menaikinya.Rakit yang dibina hendaklah dalam keadaan yang kemas dan betul supaya ianya tahan semasa digunakan.Sesiapa sahaja boleh membina rakit ini hanya perlukan pengetahuan dari mereka yang berpengalaman.
Homestay Singgora melibatkan pelancong menginap, menjamu selera dan dihiburkan dengan acara tradisional dan aktiviti kampung. Dengan ukiran kayu mengelilingi rumah Singgora membuatkan hati terasa dekat dengan budaya Melayu bila berada di sini. Bilik selesa, kawasan luas, suasana tenang dan dalam kawasan kampung cukup untuk memastikan percutian anda berjalan lancar dan dipenuhi kenangan yang manis-manis belaka.
Singgora mula dibina 2015 selepas banjir besar. Mengambil masa 2 tahun sehingga 2017, En Mohamad Bin Salleh selaku Pemilik Singgora mula menginap/menetap disitu. Pada 2018, Singgora mula dibuka kepada orang ramai dengan membuka tempahan dan juga untuk photo shooting.
Kenapa Memilih Nama SINGGORA?
Nama Singgora ini diambil atas dasar kerana menggunakan 'atap singgora'. jadi sempena nama atap ini dan nama itu kelihatan menarik En Mohamad memilih nama "Singgora" kerana ia nampak unik dan mudah diingati ramai orang.
Apakah kemudahan untuk orang luar?
En Mohamad menekankan seumpama menginap di sini yang kembali pada kehidupan pada zaman dahulu kala seperti zaman yang tiada gajet, tiada teknologi seumpama rumah yang melayu, rumah kayu tanpa aircond tetapi mengikut kesesuaian modern iaitu bilik air di dalam bilik tidur, aksesori di dalam tandas mengikut keadaan semasa cuma persekitaran di dalam rumah memiliki sisip angin sekeliling rumah bagi memberi keselesaan kepada penginap.
Bagi penginap di sini, kita akan diberi suasana kampung iaitu pertama dengan bangun pagi iaitu waktu Subuh kita akan dikejutkan dengan mendengar kokokan ayam dan mandi di perigi menggunakan timba. Menarik?
Bayangkan, bila berehat di sini, bangun pagi terdengar bunyi burung berkicau.
Selain itu di tandas (bilik air) disediakan tempayan untuk kita merasa kesejukkan air yang diperam atau disimpan yang akan membuatkan penginap merasa selesa dan sejuk ketika mandi menggunakan air tempayan atau telaga (perigi)
Menu special untuk penginap di sini dengan menu kelantan. Di sebelah pagi nasi berlauk atau nasi kerabu. Menu wajib untuk penginap di Singgora adalah pisang rebus atau pisang lemak manis yang digoreng tanpa tepung iaitu dipanggil pisang goreng 'bodo'. Kita hanya menggunakan pisang lemak manis sahaja kerana sizenya yang menarik.
Menu lain seperti siput sedut kita dapatkan secara fresh dan mungkin sukar untuk dapatkan di luar. Menu belut juga disediakan. Manakala makanan tengah hari seperti ulam ulaman, budu dan ikan air tawar dan juga kambing, ayam kampung.
En Mohamad menitik beratkkan makanan yang organik.
Apa Aktiviti Outdoor untuk penginap?
Aktiviti outdoor di sini, aktiviti yang mengimbau kenangan zaman kita kecik kecik dahulu.
Singgora ini berhadapan dengan Sungai jadi berakit, mengutip siput, turun ke sungai kita galakkan penginap merasai.
Ada juga pokok getah membolehkan penginap mencuba dan memberi peluang untuk menoreh getah, juga akan ditujuk cara menoreh getah. Ada lagi aktiviti lain seperti melukis batik, menconteng wau, dan juga aktiviti mandi di telaga yang merupaka satu keseronokan dan mandi di telaga juga bukan sekadar mandi biasa di mana pihak singgora ada menyediakan buah limau purut seumpama zaman dahulu untuk merasai keselesaan dan kesegaran selepas mandi di telaga.
Bagaimana Untuk Merasai Aktiviti Berkuda?
Aktiviti berkuda ada disediakan kepada penginap yang membuat tempahan awal iaitu Dua (2) hari sebelum aktiviti itu akan di adakan. Kebiasaannya aktiviti berkuda ini bagi tujuan untuk bergambar dan juga bagi penginap yang ingin merasai sendiri bagaimana untuk menunggang kuda.
Pengunjung merasai suasana kehidupan di rumah asal Melayu.
Cara ini adalah antara usaha yang dapat dilakukan untuk mengembalikan budaya Melayu iaitu untuk membawa orang mengenal kembali asas budaya kita yang cukup bersederhana. Oleh itu ia dapat memartabatkan warisan Melayu dan pada masa sama cintakan budaya dan tanah air sendiri.
Anda boleh menghabiskan masa bergambar di rumah tradisional SINGGORA untuk posing-posing di sekitar rumah atau untuk sesi photoshoot perkahwinan anda pun boleh dan memang sesuai lah kan kalau pengantin baru hendak bergambar di sini.
Telaga, Air nya sangat sejuk dan menyegarkan. Telaga ialah lubang yg digali dlm tanah utk mendapatkan air. iTelaga air tanah yang dikorek untuk mengeluarkan air bawah tanah bukanlah perigi yang biasa kita jumpa di kampung.
Perigi ialah lubang yang tidak dalam dan hanya dipenuhi oleh air dari lapisan yang cetek sahaja.Air tanah ini tahan lama (tidak kering) dan biasanya dibotolkan sebagai air mineral semulajadi. Air tanah lebih bersih, jernih dan tidak tercemar berbanding air perigi.
Aktiviti memanah berkuda tradisional seperti gambar di atas dan memanah adalah amalan sunnah Nabi Muhammad SAW. aktiviti itu turut mengajar seseorang untuk mencari kekuatan, keyakinan, kejituan dan kepantasan.
Suasana Malam berubah menjadi sunyi sepi tapi menariknya dengan cahaya lampu menghiasi kawasan rumah.
Asyik kerja, kerja, kerja sahaja. Kerja banyak mana, tidak akan habis. Apa kata pergi jauh dari hiruk-pikuk kotaraya dan singgah di Singgora.
Tidak rugi untuk merancang percutian bersama keluarga besar anda di Singgora dan menginap di Homestay Singgora di samping dapat merasai susasana kampung yang juga sangat berhampiran dengan tempat-tempat hotspot Di Kota Bharu.
Kenapa perlu ke luar negara, sedangkan negara kita ada banyak sangat tempat menarik. Homestay SINGGORA sebenarnya bakal memberikan satu pengalaman baru. Bagi yang tinggal di kota, manfaatkanlah masa cuti untuk lari dari hiruk pikuk bandar.
No comments:
Post a Comment