Promosi Kraf Malaysia masih berjalan sehingga 25NOV2019 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Promosi Kraf Malaysia masih berjalan sehingga 25NOV2019

17 November 2019

Promosi Kraf Malaysia masih berjalan sehingga 25NOV2019

Nik Nurehan | Sunday, November 17, 2019 | 0 Komen






  • OBJEKTIF 
    Memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf dalam membangun dan memajukan industri kraf negara. 

    TEMA

    Memperkasakan Komuniti Kraf

    merupakan usaha berterusan Kraftangan Malaysia dalam memastikan industri kraf terus lestari. Ia dilaksanakan menerusi Program Pemasaran Kraf,Satu Daerah Satu Industri - Produk Kraf, Rekabentuk dan Pembangunan Kraf, Pembangunan Kemahiran Kraf dan Jejak Warisan Kraf.

    KONSEP

    Membudayakan Kraf Dalam Gaya Hidup 

    Konsep ini dipilih bagi menggalakkan penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian dan gaya hidup masa kini. Fungsi dan kegunaan produk kraf dalam pelbagai aspek meliputi hiasan dalaman dan taman, perhiasan diri, kelengkapan rumah sehinggalah menjadi pelengkap kepada majlis keraian dan perayaan dalam masyarakat dan komuniti di negara ini.

    Antara produk kraf yang akan dijual sepanjang program berlansung adalah:
    🔛 Produk Tekstil : Batik / Songket
    🔛 produk Hasil Logam : Pewter (aksesori), Perak (cincin dan aksesori)
    🔛 Produk Aneka Kraf : Aksesori wanita (batu permata) / hiasan bunga orkid
    🔛 Lukisan karikatur oleh PESTA

    Sepanjang program ini berlansung hampir 11 hari ada beberapa aktiviti dan yang paling utama menjual produk kraftangan yang melibatkan usahawan usahawan kelantan sendiri, terengganu, selangor,melaka termasuk johor. Mereka akan membawa produk produk kraf mengikut identiti setempat mereka. 



    Di dalam program ini juga ada aktiviti penyebaran ilmu dalam pendidikan kraf untuk mendidik masyarakat awam disamping itu ada satu demontrasi pembuatan batik lukis di mana pengunjungn boleh lihat sendiri  kesukaran menghasilkan sesuatu batik lukis. Dengan pendekatan seperti ini dapat memberi satu gambaran jelas industri kraf di Malaysia. Untuk program kraf malaysia ini ditampilkan 4 kategori produk kraf.
    Yang utama, tekstil iaitu batik dan Kelantan memang popular dengan kain batik. Akan dibawakan produk yang siap kain batik pasang, kemeja lelaki, kaftan dan jubah. Jadi sila amik kesempatan ketika promosi ini untuk dapatkan produk produk ini. 
    Kita ada hasil logam seperti senjata melayu dan juga perhiasan diri, cenderamata. Kelantan famous dengan peraknya dalam kata lain silver, cincin batu permata.
    Masyarakat kelantan juga perlu tahu yang kelantan ada seramik juga iaitu “seramik mambong” dan juga kota bharu sendiri. Seramik ini terdiri dari lampu tidur, pasu hiasan, labu sayung, hiasan dan cenderamata.

    Produk daripada getah, bahan bahan sentitik untuk hiasan dalaman dan permata dan berkobolarasi dengan persatuan melukis untuk menghasilkan lukisan potret dan lukisan karikatur.
    Sebarang Pertanyaan : 
    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
    Cawangan Kelantan

    KM 10, Jalan Kuala Krai

    16010 Kota Bharu

    Kelantan

    Tel:09-7126266   Faks:09-7126278



Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com