Pameran Rekreasi Animasi @ Muzium yang berlangsung pada jam 10.00 pagi di Muzium Negeri Kelantan. Program yang telah berlangsung sejak 5 November 2019l sehingga 31 Disember 2019 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
Tiket masuk berharga RM8.00 untuk kategori dewasa manakala RM5.00 untuk kanak-kanak. Program ini bertujuan menggalakkan pembelajaran melalui aktiviti bermain lebih lebih lagi cuti sekolah sudah hampir bermula. Bagi ibu bapa tiada aktiviti di rumah mahupun bercuti ini adalah kesempatan membawa anak anak mereka ke sini.
Maklumlah, pada zaman serba teknologi ini, anda haruslah memastikan masa anak-anak terisi dengan perkara yang berfaedah.
Pelbagai watak animasi antarabangsa dan tempatan dan pelbagai permainan, pertandingan yang boleh dimenangi. Pameran disini memfokuskan ruangan pendidikan kanak kanak, kerjaya serta pendedahan kepada dunia animasi. anak-anak akan bermain secara fizikal dan mental iaitu dengan berfikir.
Pameran rekreasi ini mengfokuskan kanak-kanak bermain didalam kawasan yang disediakan. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis permainan yang disediakan mengikut kawasan. Yang pasti, ianya memberikan kelebihan dan keistimewaan kepada kanak-kanak yang sedang membesar.
Ahamdullilah hari ini, sekumpulan pelajar dari SMK Berangan hadir ke pameran rekreasi dan animasi ini.Ianya sangat bagus untuk memberi pendedahan kepada pelajar pelajar mengenai “seronok” nya belajar dan mendalami animasi. Disini boleh mengasah kemahiran motor. Kanan manak disini boleh menjadi seorang bomba. Bawa kereta bomba, berpakaian seperti ahli bomba dan sebagainya. Saya yakin kanak kanak “having fun” dengan aktiviti aktiviti yang ada
Tempat ini amat bagus untuk membawa anak-anak menimba pengalaman. Ianya sungguh menyeronokkan bagi anak-anak. Selain ianya menghiburkan, ia dapat memberi ilmu dan gambaran sebenar alam perkerjaan yang bakal mereka tempuhi apabila menginjak alam dewasa kelak.
Bawalah anak-anak anda ke sini. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.
#visitkelantan #visitmaylaysia #muziumnegerikelantan #pamerananimasidanmuzium
#visitkelantan #visitmaylaysia #muziumnegerikelantan #pamerananimasidanmuzium
best
ReplyDelete