Assalamualaikum.
Hari ini Ahad bersamaan 10 November 2019.
Mama Ann ingin berkongsi satu tempat dimana kita sebagai anak anak muda harus mengenal budaya dan adat melayu yang menitikberat tentang senibina dan ukiran ukiran melayu klasik. Rumah tradisional Melayu SENGGORA ini dapat mewarnai industri pelancongan Negeri KELANTAN bukan sekadar membantu tarikan pelancong, malah menjadi simbol kepakaran seni pertukangan masyarakat dahulu. Kayu yang sering digunakan ialah meranti, cengal, belian, resak, tembusu dan merang.
Bagaimanapun, kini hanya terdapat segelintir saja yang masih mengekalkan keaslian rumah Melayu.
Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Rumah melayu tradisional merupakan suatu aset yang berharga untuk dipelihara senibinanya untuk generasi akan datang.
Rumah sebegini amat juga untuk para seniman berkarya bagi menghasilkan filem filem melayu lama dan bagi komuniti masyarakat yang berminat mengajur aktiviti aktiviti "busana" melayu klasik, aktiviti Berkuda, Berakit, Berperahu, mandi telaga dan lain lain. . Itulah pengalaman yg mungkin anda teringin rasai.
Individu mahupun kumpulan boleh mengadakan aktiviti terapi alam/minda dengan melihat suasana alam semulajadi. Di sebelah tepi teratak ini ada satu 'tali air' yang bersih yang menjadikan suasana yang damai. Pokok Pokok menghijau disertakan bunyi bunyian binatang seperti itik, ayam, cengkerik yang dapat menambahkan lagi suasana kampung.
Alamat Singgora Homestay : lot 860, kg air deras, jalan tengku muhd maasum
Serba Sedikit Mengenai Singgora Rumah Melayu kelantan.
Kayu-kayu chengal dari rumah lama yang kami beli dari sekitar kawasan Masjid Muhammadi Kota Bharu. Sebenarnya kami mengumpulkan kayu-kayu terpakai sejak tahun 2006. Dan jumlahnya makin bertambah dari hari ke sehari. Pada awal 2014, kerajaan ingin membangunkan kawasan petempatan sekitar Masjid Muhammadi, Kota Bharu, terdapat penduduk yang perlu berpindah dan tanah mereka telah dibayar oleh kerajaan. Di situlah terdapatnya kayu-kayu lama yang kami cari-cari dan rumah asal mereka adalah antara rumah-rumah melayu awal Kelantan, rumah traditional lama yang dibina menggunakan kayu-kayu chengal dan terbaik berusia lebih 100 tahun. Gambar menunjukkan fasa awal kayu-kayu lama yang kami telah kumpul di tapak projek Rumah kayu melayu kelantan ini.
Pembinaan Rumah Bermula...
Tanggal 15/2/2015, secara rasmi bermulanya projek pembinaan Rumah kayu melayu kelantan kami.
15/2/2015, kerja membuat side rail di sempadan tapak rumah telah selesai dilakukan bagi menentukan lokasi tapak rumah sebagaimana yang ditunjukkan di dalam pelan. Seterusnya kerja menentukan tempat pad footing berdasarkan ukuran dalam pelan dijalankan dengan menanda ukuran di atas kayu 1x2 (side rail). Dengan menggunakan tali benang, tempat pad footing ditanda dengan kayu penanda sebelum kerja menggali lubang dijalankan.
Singgora adalah nama bagi atap yg digunakan dalam kebanyakan rumah yg dibangunkan. Atap singgora menebat haba dengan lebih baik dan memberi kesan sejuk terutama pada musim panas.
Ukiran, sisip angin dan atap singhora
Dinding sekeping ini kami dapat warisan dari rumah nenek moyang di Pasir Hor. Ianya berusia lebih dari 100 tahun, dan tidak ternilai harganya.
Kredit gambar : Admin page Menarik di Kelantan, Remoka
Bagaimana rumah beratap Singgora memberi suasana yg selesa dan sejuk. Lihat gambarajah yang aliran udara sekeliling membantu menurunkan suhu sekaligus menyejukkan suhu dalam rumah. Lubang udara bahagian atas yg selain berfungsi sebagai laluan pengudaraan juga memberi impak seni dan kecantikan. Ingin pengalaman berada di rumah beratap Singgora? Rumah Singgorakan ada. 4km sahaja dr pusat bandar Kota Bharu.
Kulat Cawan seindah nama dan rupanya. Seakan akan cawan menadah air hujan. Hidupnya di batang kayu buruk. Sensitif terhadap cahaya dan racun. Jika cahaya matahari berlebihan, kulat cawan akan kering dan mati. Begitu juga jika ada semburan racun, spesis ini akan mati. Tumbuh apabila masuk musim hujan. Makanan yg organik. Boleh dibuat sup atau goreng telur. Cadangan hidangan untuk tetamu merasai makanan unik dan menarik. Nak rasa makan,nak rasa jalan jalan dalam kebun cari kulat cawan. Singgora kan ada.
Sedikit info dari google :
UMAH TINGGI.
Pernah terfikir tak kenapa rumah kampung ni tinggi? Ada banyak faktor sebenarnya.
Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Cuba bayangkan kalau kita tak dapat kawal mata, mau kita skodeng rumah orang lain. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.
Selain itu, nak elak binatang buas atau liar masuk ke dalam rumah dan juga faktor iklim kita iaitu musim hujan yang kadang-kalanya menyebabkan banjir.
Lagipun, ruang bawah rumah boleh dijadikan tempat simpanan barang. Macam stor.
InsyaALLAH SINGGORA RUMAH MELAYU KELANTAN bakal menjadi salah satu tempat tarikan pelancong dalam dan luar negara. Pelancong yang datang melawat negeri ini pasti terpukau dengan keindahan reka bentuk rumah.
No comments:
Post a Comment