Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Safawi Rashid berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-30. Aksi cemerlang Safawi sekali lagi berjaya membolosi gawang Garuda pada minit ke-72.
Kemenangan bergaya itu membolehkan Malaysia mendapat sembilan mata daripada lima perlawanan bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.
Harimau Malaya juga 'dibantu' oleh keputusan seri tanpa jaringan perlawanan Vietnam - Thailand yang berlangsung pada waktu sama.
PEMAIN MALAYSIA: Khairulazhan Mohd Khalid (Mohd Farizal Marlias), Shahrul Mohd Saad, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (kapten), La'Vere Corbin-Ong, Brendan Gan, Muhammad Syahmi Safari, Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Mohd Afiq Fazail), Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Norshahrul Idlan Talaha), Muhammad Safawi Rasid.
PEMAIN INDONESIA: Muhammad Ridho Djazulie, Otavio Dutra, Ricky Fajrin Saputra, Rudolof Yanto Basna (kapten), Gavin Kwan Adsit, Teuku Muhammad Ichsan (Rizki Pora), Hendro Siswanto, Septian David Maulana (Dendi Santoso), Febri Hariyadi, Bayu Pradana Andriatmoko, Gregory Junior Nwokolo (Osas Marvellous Ikpefua).
PENGADIL: Alireza Faghani (Iran)
#harimaumalaya
Alhamdulillah. Setelah debaran demi debaran. Semoga team Harimau Malaya terus maju
ReplyDelete