Pelancaran 'Soft Launch' Tahun Melawat Kelantan 2020
#ilovekelantan
#kelantandihati
#familyfoodfestival
#TMK2020 #TahunMelawatKelantan2020 #VisitKelantan2020 #KelantanDiHati
Bertemakan “Family, Food, Festival” upacara perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Hj. Md. Anizam Ab. Rahman mewakili YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Hj. Ahmad Yakub.
Kelantan dijangka menjadi tumpuan untuk aktiviti beli-belah seperti Pasar Siti Khadijah, Bazar Siti Aisyah, Bazar Tok Guru, pasar terapung di Kampung Suri, Tumpat dan Pengkalan Datu, Kota Bharu.
Tambahan pula, kewujudan masjid menarik seperti Masjid Negeri iaitu Masjid Muhammadi, Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah, Masjid Kampung Laut, Institusi Pengajian Pondok juga diyakini bagaikan magnet penarik selera pengunjung.
Kelantan kaya dengan lokasi ekopelancongan seperti lokasi pantai, gunung-ganang, jeram, air terjun, tasik dan sebagainya.
Dengan bantuan insentif kepada 50 pemandu beca di negeri ini dengan jumlah keseluruhan RM60,000.
Setiap penerima menerima RM1,200 setahun yang akan disampaikan secara berperingkat sebanyak dua kali setahun.
“Beca menjadi ikon di negeri ini sejak dahulu lagi, jadi kita cuba membantu pemandu beca ini yang kebanyakan sudah berusia dan diharap dengan insentif yang diberikan dapat membantu keperluan mereka
Jom pakat pakat datang bercuti di Kelantan!
Tahniah Abe Mat Sanggora memenangi Tempat 3. Alhamdullilah.
#senggora #kelantan #kotabharu
No comments:
Post a Comment