Jalan Jalan ke Istana Jahar - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Jalan Jalan ke Istana Jahar

09 December 2019

Jalan Jalan ke Istana Jahar

Nik Nurehan | Monday, December 09, 2019 | 0 Komen
Latar Belakang Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar)

Muzium Adat Istiadat ini telah ditubuhkan pada tahun 1992 bertempat di Istana Jahar yang merupakan istana tempat bersemayan Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV (1920 – 1944). Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Al-Sultan Kelantan pada 27 Julai 1992. Bangunan ini merupakan bangunan yang menjadi hak milik Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah Negeri Kelantan pada 2005 (AKTA- 645).

Di sini dipamerkan berbagai jenis Adat Istiadat Diraja Kelantan sejak zaman berzaman. Selain daripada itu, turut dipamerkan juga jenis-jenis tekstil, alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga untuk tontonan umum generasi kini dan akan datang. Bangunan ini sendiri telah melambangkan senireka bangunan dan hiasan istana kesultanan Kelantan yang terkenal.
Pada bahagian belakang bangunan istana ini terletak Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senjata lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain.

Matlamat penubuhan Muzium Adat Istiadat ini ialah memelihara dan mengekalkan bangunan lama yang bersejarah iaitu Istana Jahar dan dalam masa sama menampilkan pengetahuan mengenai adat istiadat Diraja di zaman dahulu.
Bayaran Masuk

RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Manakala pengunjung antarabangsa pula bayarannya ialah RM4 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Waktu Operasi

Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Mohd Khairi Abdul Rahman Muzium Negeri Kelantan 

Credit : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

#TMK2020 #TahunMelawatKelantan2020 #VisitKelantan2020  #kelantandihati
#VisitMalaysia2020 #VM2020 #bloggerpantaitimur #bloggermalayasia #bloggerkelantan #istanajahar #muziumnegerikelantan
#NikNurehanDotCom




Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com