RAKYAT KELANTAN DIPELAWA BERBUSANA MENYUSURI SEJARAH
Cerdik pandai mengakui, “sejarah berulang kembali kerana tidak ada seorang pun yang mahu mengambil pengajaran ketika ia terjadi buat pertama kali.”
Menyedari hakikat itu, Kerajaan Negeri Kelantan peka dan cakna terhadap penjelasan Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah bahawa sejarah adalah ilmu yang hidup dan mustahak bagi manusia untuk mendapat pengajaran. Oleh itu, program Jejak Sang Tawal yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember 2019 di Kampung Kraftangan, Kota Bharu, Kelantan adalah gimik promosi untuk Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 sekali gus Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020.
Program sehari anjuran bersama Tourism Malaysia Wilayah Timur, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia Negeri Kelantan (MOTAC), Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC), Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan Yayasan Kraftangan Negeri Kelantan.
Turut berkerjasama ialah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKBBRI), Hotel Royal Guest House, Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara Malaysia (JKKN), Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, Persatuan Busana Kelantan serta semua peminat seni Negeri Kelantan bertujuan mempromosikan industri pelancongan khususnya di Kota Bharu.
Menurut Encik Mohd Faizul Zakaria, Timbalan Pengarah, Pejabat Tourism Wilayah Timur, program ini adalah pengenalan kepada sejarah permulaan Kerajaan Kelantan di Bumi Tanah Sekebun Bunga. Paduka Sri Sang Tawal adalah raja kerajaan di Kota Ligor dalam Wilayah Singgora, pada saat itu kerajaan baginda dikenali sebagai Malayur dan Kota Mandawijaya.
Kerajaan baginda telah diserang dan dalam proses pengunduran Puteri baginda Arduja Wijayamala Singha telah menubuhkan pasukan tentera wanita yang dikenali sebagai “Wijayamala”.
Beliau telah berkunjung ke Kuala Krai, Chintawangsa dan Nenggiri di Kelantan untuk meninjau lokasi terakhir bagi dijadikan tempat bertahan baginda.
Kisah Puteri Arduja Wijayamala Singa yang juga dikenali sebagai Cik Siti Wan Kembang 1 bermula pada sekitar tahun 1300 di Kuala Krai / Gua Musang.
Oleh itu, program ini bermaksud untuk memperkenalkan asal-usul persejarahan Kelantan Tua kepada pasaran pelancongan dengan nilai permakaian busana tradisi.
Di samping itu, ia dijangka bakal menggalakkan promosi Muzium-Muzium di Zon Pelancongan kepada Pelancong Domestik dan kepada Zon Pelancongan Kota Bharu secara langsung di dalam menyambut kedatangan pelancong serta memberikan semangat baru kepada semua penggiat seni dan sejarah Kelantan di dalam menyambut visi dan misi TMM 2020 dan TMK 2020.
“Kita berharap mempromosikan dan menggalakkan pelancong domestik dan antarabangsa untuk mengenali Zon Pelancongan Kota Bharu yang telah lama sediada serta menjadikan muzium sebagai produk utama yang wajib dilawati untuk mengenali kewujudan zaman pemerintahan Negeri Kelantan”, ujarnya.
Bertemakan “Berbusana Menelusuri Sejarah”, “Flash Mob” & perarakan di dalam Zon Pelancongan Kota Bharu bakal diadakan pada jam 9.00 pagi bermula di Padang Merdeka, Muzium Perang, Muzium Islam, Muzium D’Raja dan berakhir di Kampung Kraftangan selepas acara Senaman Tua di hadapan Pintu Istana Balai Besar.
Acara lain yang bakal mengujakan hadirin termasuklah gerai jualan barangan kraftangan dan makanan, persembahan kebudayaan, pertandingan forographi dan pertunjukkan busana.
#21disember2019
#jejaksangtawal
#kelantanbertanjak
#pencintabusana
Ralit kelih ko gapo tu Ku.
"Acu kelih gak nu, ore dok belarok
Comel nyoooo demo mmaka."
#visitkelantan2020
#muziumkelantan
#TMK2020 #TahunMelawatKelantan2020 #KelantanDiHati
Kredit ; Kelantan Bertajak & Norzana Razaly
singgah jumaat
ReplyDelete