Mangga telur juga dipanggil dengan nama “Pauh Ringan” kerana ia cepat berbuah Nama botaninya Mangifera indica.
Orang Kelantan menyebut buat tersebut sebagai “pauh ringan”.
Anak dari biji benih boleh menghasilkan buah selepas 2 tahun. Pokoknya rendah dan lebat buahnya. pokok boleh dicantas selalu untuk memudahkan penuaian hasil.
Buahnya sangat masam ketika muda tetapi manis apabila masak ranum. Buahnya digunakan untuk membuat jeruk, acar, sambal dan pajeri dan dimakan begitu saja.
JERUK PAUH/MANGGA MUDA
Credit Resepi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2kg buah pauh/mangga muda
5 sudu besar garam kasar
3 cawan gula
6 cawan air
air utk merendam hirisan mangga
Cara:
1. Kopek kulit buah mangga dan kemudian belah dua.
2. Buang biji dalamnya dan hiris nipis buah tersebut. Jgn terlalu nipis nanti jeruk yg dihasilkan lembik dan tak rangup (anggaran dlm 1/2 cm). Buat sampai habis.
3. Basuh buah mangga yg dah dihiris tadi dan masukkan kedalam sebuah bekas/besen yg besar.
Isikan air menutupi paras buah mangga dan masukkan garam. Kacau.
4. Biarkan lebih kurang 24 jam sambil sesekali dikacau. (tak perlu letak dlm peti ais)
5. Bila buah mangga dah bertukar kekuningan, bilas bersih dan toskan.
6. Masak gula bersama 6 cawan air hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
7. Bila air gula dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas berisi hirisan mangga. Kacau sebati.
8. Masukkan kedalam peti ais dan biarkan selama 12 - 24 jam. Lagi lama lagi mesra mangga dgn air gula.
9. Hendaklah sesekali keluarkan dan kacau agar air gula sebati dgn hiraisan mangga.
10. Kalau nak kuah lebih, boleh lebihkan air dan gula masa memasak air gula.
Andainya jeruk kurang manis bolehlah ditambah gula dgn cara menaburkan gula secukupnya atas jeruk dan simpan balik dalam peti ais. Insyaallah gula akan larut dan jangan lupa utk mengacaunya .
Jeruk ni sedap dimakan sejuk.
*Memang makan masa sket nak hasilkan jeruk ni tp insyaallah berbaloi-baloi ^___^
* untuk menghasilkan jeruk yg rangup boleh juga dimasukkan sedikit air kapur dlm air rendaman (bersama garam)
Kredit : Gambar Keluarga
sedapnya
ReplyDelete