Menelusuri Sungai Pengkalan Datu dengan menaiki perahu kolek sehingga Masjid Ar- Rahman Pulau Gajah.
Perahu kolek dapat memuatkan seramai 15 hingga 25 penumpang.
Bagi pelancong yang berminat untuk mencuba perahu kolek boleh ke Pengkalan Datu setiap hari Sabtu, bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan ini hanya RM10 seorang dan ianya beroperasi setiap Sabtu bermula 9 pagi hingga 4 petang.
Perahu kolek mempaparkan artifak budaya dan warisan masyarakat sesebuah negara dan bangsa. Ia adalah pengakutan air melayu yang mempunyai pengaruh dalam tamadun melayu sejak beratus dahulu.
Negeri Kelantan, perahu kolek merupakan benda yang bernilai yang merangkumi semua aspek kehidupan dan keturunan sejak berzaman lagi.
Dalam masyarakat melayu dahulu, peranan dan fungsi perahu kolek sangat penting. Secara umumnya perahu kolek kelantan merupakan koleksi warisan terpilih. Ia juga merupakan pengakutan air dan ia dikenali sebagai perahu berhias.
Dalam sejarah penciptaan perahu kolek di Kelantan didatangkan khas dari wilayah pattani di Thailand Selatan.
Terdapat beberapa buah jenis perahu kolek yang diperbuat di Kelantan sepertinya
= kolek pembuatan barat
= kolek kuail
= kolek sekoci kecil/besar
= kolek kecil
Antara ciri ciri perahu kolek Kelantan adalah perbuat dari kayu chengal. Perahu kolek terdapat hiasan lukisan yang cantik, ukiran yang menarik. Perahu kolek juga boleh bertahan sehingga 30tahun.
Tidak lupa juga struktur perahu kolek juga terdapat banyak ragam hias yang unik.
Antara struktur hias perahu kolek ialah bangau, caping, kokok, dayung, badan perahu dan linggi.
Setiap struktur perahu ini mempunyai fungsi yang tertentu.
Pada zaman dahulu perahu kolek Kelantan digunakan oleh golongan diraja seperi Sultan Muhammad 4 dan kerabat keturunan suktan dan juga golongan bangsawan seperti Syed, Nik, Wan, Nelayan dan rakyat biasa.
Masyarakat melayu Kelantan pada ketika dahulu percaya bahawa perahu kolek merupakan simbol kedudukan sosial. Perahu kolek juga digunakan untuk berdagang. Perahu kolek juga menunjukkan kepakaran tukang perahu. Tidak lupa juga perahu kolek juga digunakan untuk mengumpul hasil dagang.
wwww.niknurehan.comm
No comments:
Post a Comment