Hello hello hello. Selamat Pagi khamis.
Pagi ini kami ke Ayang Cafe cafe sarapan pagi di kota bahru untuk mencuba menu baru iaitu “Nasi Lemak Sambal Kerang”.
Alhamdullilah sarapan pagi ini dikategori “boleh makan”. Lauk ikan bilisnya, kerangnya banyak kira “padey” dengan semangkuk nasi lemak itu. Sebabnya ada sesetengah nasi lemak agak sikit lauknya. Menjadi masalah bagi kami yang sukakan lauk banyak atau kata lain jenis makan “parok” lauk. Hehe.
Untuk pengetahuan semua nasi ini bukannya produk AYANG CAFE tapi produk ini hasil daripada peniaga yang meletakkan “jualan” di sana. Jom singgah dan cuba!!
“Sarapan memberi sangat banyak kebaikan. Oleh itu, jangan lewatkan sarapan. Jangan biarkan perut anda kosong sebelum beraktiviti. Mulai hari dengan perut berisi dan semangat tentunya.”
Jika ingin lebih berjaya, kita mesti lebih kuat dan rajin dari orang lain.
Alamat : Ayang Cafe Sarapan Pagi 4652 Jalan Masjid Langgar | Off Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu 15200, Malaysia
+60 14-841 7889
No comments:
Post a Comment