Famous di TAMAN MAJU KEDAI LINDA AYAM PERCIK. - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Famous di TAMAN MAJU KEDAI LINDA AYAM PERCIK.

13 January 2020

Famous di TAMAN MAJU KEDAI LINDA AYAM PERCIK.

Nik Nurehan | Monday, January 13, 2020 | 1 Komen
FAMOUS di TAMAN MAJU KEDAI LINDA AYAM PERCIK.
Saing saing kota bharu tuuu...

Pagi pagi bersarapan mana? Hari ni nak kongsi satu tempat makan dengan pelbagai menu di Linda Ayam Percik.
Nama kedai pun “percik” mesti la tumpuan kita pada makanan berasaskan percik kan. Memang tersohor lah!
Ada ayam percik, daging percik, kambing percik dan ikan percik.
Selain itu ada juga nasi gulai ikan, gulai ayam, ayam bakar, daging kerutuk dan nasi lemak. Kannnn dah bagi tahu tadi, banyak pilihan kan! Hehehe.. harga pun tak perlu risau, berpatutan. Sesuai dengan harga makan pagi.
Jom kawan kawan. Singgah sebentar. Kedai ini beroperasi dari 7.30pagi sehingga 3petang.
Boleh waze ; Linda Ayam Percik.

Harga untuk sekeping ayam percik, RM 7.00

Ayam percik membawa maksud  ayam itu dipercikkan dengan kuah ayam percik semasa dibakar atau dipanggang. Percikkan kuah dilakukan sepanjang proses membakar ayam. ia membuatkan rempah rempah meresap masuk ke dalam ayam bersama aroma asap membakarnya.
Bagi menyediakan ayam percik ini boleh dilakukan dengan menggunakan ketuhar mahupun menggunakan arang.
Sekiranya menggunakan arang, ianya memgambil masa untuk menunggu baranya adalah cara terbaik tetapi rasanya luar biasa.

Layari : www.niknurehan.comm

Related Posts

1 comment:

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com