Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac Sehingga 31 Mac - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac Sehingga 31 Mac

17 March 2020

Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac Sehingga 31 Mac

Nik Nurehan | Tuesday, March 17, 2020 | 1 Komen
Berikutan kenaikan mendadak kes COVID-19 di Malaysia, Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan satu sidang media khas bagi membendung penularan wabak tersebut. Di dalam sidang media khas ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2.  Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara

Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan sekolah

Semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan semua IPT

Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan premis kerajaan dan swasta

Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Related Posts

1 comment:

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com