Mesti ramai yg senyum sampai ke telinga lepas tengok berita tadi malam kan? Admin nak highlight lagi sekali, SILA BACA DENGAN TELITI (jangan malas baca ye)
1. Bayaran ini dibuat bagi mereka yg TELAH LULUS SAHAJA, yg baru memohon atau merayu jangan tanya lagi bila nak dapat. Itu nanti MoF akan umumkan.
2. Bayaran dibuat BERMULA Isnin secara BERPERINGKAT. Maksudnya apa? Maksudnya bukan hari Isnin nanti masing-masing pakat pergi bank semak duit. Setiap hari transaksi penyaluran wang ada hadnya. Jadi jangan tanya kenapa jiran saya, kawan saya dah dapat, saya belum DAPAT. Untuk menyelesaikan penyaluran bantuan akan mengambil masa beberapa hari. Jadi bersabarlah, wang tetap akan masuk. Yang penting sudah lulus.
3. Mekanisme bayaran:
- Bagi yg lulus ikut rekod BSH, bayarannya sama seperti BSH. Cth: Jika BSH masuk ke akaun bank isteri, maka yg BPN pun sama masuk ke akaun isteri. Tidak boleh kemaskini maklumat akaun bank tersebut.
- Bagi yg lulus ikut rekod percukaian LHDNM, bayaran dibuat ke akaun bank yg direkodkan semasa penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). Jika maklumat bank telah berubah, boleh buat kemaskini di e-Kemaskini.
4. Kalau akaun bank sudah tidak aktif bagaimana? Jawapannya, bank akan gagal kredit dan NOMBOR SIRI akan diwujudkan. Penerima hanya perlu bawa IC ke mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN) utk penunaian wang bantuan. Bawa bersabar jika lambat terima wang. Macam mana nak tahu bantuan gagal kredit? Boleh semak rekod bayaran di Portal BPN.
5. Pembayaran ini tidak termasuk bagi penerima BPN yg berada di PEDALAMAN Sabah & Sarawak. Mekanisme bayaran adalah sama seperti BSH. Jadi tunggu pengumuman utk pembayaran tunai di kawasan yg berkenaan. Bagi yg sertakan nombor akaun bank akan dapat seperti biasa.
6. Gunakan wang bantuan ini untuk pembelian barang keperluan, bukan beli barang mengikut kehendak. Bantuan ini disediakan untuk memacu balik ekonomi negara dan bantuan bg rakyat yg terkesan kerana COVID-19. Jadi, berbelanjalah sewajarnya dan bukan perap bawah bantal.
📷 Buletin Utama TV3
No comments:
Post a Comment