Beras Tempatan dan Beras Thailand - Timbalan MB - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Beras Tempatan dan Beras Thailand - Timbalan MB

02 April 2020

Beras Tempatan dan Beras Thailand - Timbalan MB

Nik Nurehan | Thursday, April 02, 2020 | 0 Komen
Orang Kelantan perlu belajar makan beras tempatan - Timbalan MB
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memohon rakyatnya menukar selera ke beras tempatan dan mengakui tidak mampu untuk memenuhi kehendak rakyatnya yang mendambakan beras dari Thailand sebagai makanan ruji harian.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, rakyat Kelantan harus belajar menyesuaikan diri dengan keadaan semasa yang menyaksikan beras dari seberang sempadan semakin sukar diperolehi.
"Kerajaan Thailand pun sudah menutup sempadannya, jadi isu nak makan beras Thai ini itu di luar kemampuan kerajaan (negeri).
"Tetapi, saya rasa elok sesuaikan diri kita dengan suasana. Kena belajarlah. Dalam keadaan begini, nak buat macamana, itu masalah orang menjual, bukan kerajaan," tegasnya.
Credit : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/orang-kelantan-perlu-belajar-makan-beras-tempatan-timbalan-mb-236368

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com