Please stop embarrassing yourself la. Wajib taubat jika buruk sangka. - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Please stop embarrassing yourself la. Wajib taubat jika buruk sangka.

08 April 2020

Please stop embarrassing yourself la. Wajib taubat jika buruk sangka.

Nik Nurehan | Wednesday, April 08, 2020 | 0 Komen
Manusia dan kesilapan berpisah tiada. Sepanjang menjalani kehidupan, semua orang pasti melakukan kesilapan. Kalau tidak melakukan kesilapan, bukan manusialah namanya.

Buruk sangka dan suka mencari salah orang lain adalah perbuatan yang sangat dimurkai Allah SWT.
Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka dengan sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT. Dosa orang yang buruk sangka adalah besar dan termasuk dalam perbuatan jahat.

Ya, memang kita tak boleh mengawal mulut orang tetapi, sebagai manusia biasa berpada-pada dan beringatlah bila melemparkan kata-kata. Cuba cermin terlebih dahulu diri kita sebelum menunding jari kepada orang. 

Dilarang juga berbuat tajassus iaitu mencari kesalahan, keburukan atau aib orang lain yang biasanya kesan daripada prasangka yang buruk. Dalam erti kata lain, kita disaran tidak terpengaruh dengan individu yang suka bersangka.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan berkenaan) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com