Setiap saat adalah rezeki - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Setiap saat adalah rezeki

09 April 2020

Setiap saat adalah rezeki

Nik Nurehan | Thursday, April 09, 2020 | 0 Komen
JANGAN RISAU :
REZEKI ADA DIMANA-MANA 😀

Jangan anggap bila kita hilang seseorang atau hilang suatu pekerjaan, kita cepat melatah & hilang semangat untuk terus hidup. Dan jangan risau apa yang manusia lain fikirkan. Biarkanlah tanggapan negatif mereka.
Hendaklah kita gembira & redha dengan ketentuan Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Tidak kiralah apa jua sekalipun pencarian rezeki yang kita perolehi sekalipun, percayalah rezeki ada dimana-mana & datang dari Allah SWT. Inshaa Allah, mungkin Allah ingin kurniakan pekerjaan yang lebih baik, yang mendatangkan lebih keberkatan & rezeki besar yang tidak disangka-sangka.
Ada cara mudah & ada cara yang susah, yang penting usaha dalam mencari rezeki yang berkat itu penting. Tiada istilah rezeki datang bergolek tanpa sebarang usaha.
Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya :
"Sesungguhnya, roh al-Qudus telah datang kepada ku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati, selagi tidak sempurna rezeki Allah SWT kepadanya. Maka takutlah kepada Allah & berusahalah dengan baik; & lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan".

Islam amat menitikberatkan masalah pencarian rezeki oleh manusia di mana setiap makhluk Allah itu telah ditentukan rezekinya masing-masing sebelum dia berada dalam perut ibunya lagi.
Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap Mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar & jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki; tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa & bertawakkal kepada Allah kerana rahmat Allah sangat luas; & Allah tidak akan mensia-siakan doa & usaha hamba-Nya.

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com