Bayi Anda Hisap Jari? | Kata orang tua, bayi yang menghisap jari ini adalah bayi yang baik. Mereka tidak banyak kerenah dan tidak memeningkan kepala ibunya. Sungguh menarik! Biar apa pun pendapat, setiap ragam bayi tidak sama antara satu sama lain. Ada yang setelah minum susu, mereka akn tidur dengan lenanya namun ada juga yang terpaksa menggunakan alat bantuan seperti puting atau jari mereka sendiri sehingga terlena tanpa disedari.
Malah ada yang akan menangis atau meragam jika puting atau tangan mereka di tarik. Apa yang perlu para ibu ketahui, menghisap jari adalah normal kerana ia membuatkan mereka berasa selesa.
Sesetengah bayi menghisap jari apabila mereka beras penat, bosan atau perlukan belaian. Janganlah risau, tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya, tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahu.
Menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Assosiation, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun.
* siang hari an kasi pluang la kalau hadif nk isap tp bila nk tido malam, an pakaikan mitten. heee.
* kasi jgk hadif mghisap pacifier. hehe.