2/1/19 - 3/1/19 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 2/1/19 - 3/1/19
First Born

First Born















Assalammulaikum, dengan lafaz bismillah dan penuh kesyukuran, berkat rahmat Allah yang maha kuasa, dengan ini saya memperkenalkan anak kesayangan serta anak sulung kami bernama Hadif Hassani Bin Mohd Khairi.

Hadif Hassani dilahirkan pada 5 April 2012 di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.
Berat : 3.75kg. Alhamdullilah dilahirkan secara normal.
Hari ini ditahun 2019, Hadif Hassani sudah melangkah alam persekolahan iaitu Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Bharu.

Sebagai mama yang belum pandai lagi cara untuk menjaga/mengasuh anak kecil agak kekok lah walau kita kata ready nak ada baby tapiiiiii sure la tidak dapat 

Alhamdullilah my love husband, papa Khairi banyak tolong and my mom!
Hoiiiii sapa x kekok kalau dah anak tunggal yang tidak ada adik beradik dah tu tak berapa nak suka melayan anak anak kecil kan. hahaha... nangis ko! macam mana nak dukung, macam mana nak breastfeed, macam mana nak mandikannya, macam mana nak basuh berak, macam mana nak sedawakannya, macam mana nak pakaikan baju, macam mana nak tidurkannya. huuuwaaaaaaaaaaaa semua itu sungguh berat!

Beza umur diantara Hadif dengan adiknya cuma 1 tahun 2 bulan shj.
So sory Hadif, slalu sangat mama menyekat dengan berkata..
Jangan buat macam itu, nanti adik ikut!
Kalau si abang bertengkar dengan adiknya, pasti dia yang akan selalu disalahkan
Mama minta maaf sayang.
Pada mama dan papa, kasih sayang tidak luak walau setitik pun. Sayang Abang Hadif Hassani!


Marringe 2011 shingga saat ini. Alhamdullilah

Marringe 2011 shingga saat ini. Alhamdullilah

Daisypath Anniversary tickers

Tarikh Perkahwinan : 12 Jun 2011
Mohd Khairi & Nik Nurehan


Assalamualaikum. 

Dimulai dengan gambar kawen 7 tahun lepas yang tinggal beberapa bulan shj lagi akan berganjak ke angka 8 tahun. Pelbagai dugaan suka duka ditempuhi bersama. Banyak pengalaman yang mengajar erti kehidupan berbedanya hidup sebelum menjadi isteri serta mama kepada 3 orang anak. Jalan kehidupan kadangkala tidak seiringan dengan apa yang kita idamkan. Pengalaman untuk kita tahu erti KEPAYAHAN, KEPERITAN, KESENANGAN.  Hidup Ini Tak Selalunya Indah, Ujian & Cabaran sering silih berganti.

Mama an seorang manusia biasa. Kekadang kalah dengan permainan dunia. Dunia kita dikelingi manusia manusia kejam yang kadangkala menyakitkan kita scara sengaja dan tidak kita sedari. Kita perlu mengerti apa itu kesabaran, ketabahan dan sebaliknya. Walaupun ianya manis bahkan pahit untuk ditelan. Semestinya pengalaman yang membuahkan pelbagai rasa.

Seronokkan kalau kita mengimbau gambar2 perkahwinan kita (bg yang dh mendirikan rumahtangga lah) hehe.
Tersenyum, tersengih sengih melihat gambar gambar kahwin yang begitu indah. Sekali seumur hidup, InsyALLAH. Sama sama kita mengingatkan bahawa Tiada Expired Date ok!! 
Jangan kata ada darah atau keturunan mahupun DNA Lelaki GATAL! Bweekkk!!! (masuk jugak lirik lagu issey) 
Mohon jangan marah Incik Suami Tercinta! 
i Cinta You sorang okey.... 

Sedang dikemaskini @ Under Constructions

Sedang dikemaskini @ Under Constructions

Blog http://www.niknurehan.com sedang dikemaskini @ under construction

So akan berubah-ubah mukanya dua tiga hari ini... harap memaklumkan... hehehe

Dalam proses nak upgrade bagi nampak lebih menarik dan exclusive 😁

Tunggu tau 🙂



HARAP UOLLS BERSABAR



Blogspot tiada lagi. Selamat datang DotCom.

Blogspot tiada lagi. Selamat datang DotCom.


Assalamualaikum. Perasan tak link dekat atas? Secara rasminya, niknurehan.blogspot.com sudah bertukar kepada niknurehan.com


Alhamdullilah. Perasaan sungguh gembira dan teruja oke. Dah bertahun lamanya blog ni dilahirkan tetapi ditinggalkan tanpa khabar berita buat seketika. Kini, mama ann kembali lagi. Walau tidak menyegat bak zaman muda muda dulu tp setakat post simple simple InsyaALLAH mama ann curi curi masa ehs. Apa pendapat anda dengan dotcom ini?

Anda bila lagi? Kee ramai yang dh btukar. Haha
Kerajaan malaysia pun bertukar inikan pula blog mama ann  yang tak seberapa pun. 
Entah la nk share semuanya atau share sepekara dua yang terjadi dalam hidup mama ann sekeluarga. Musim sekarang tak macam dulu. Kalu dulu mama ann rasa bebas bak burung aje nk terbang sekarang ni apa yang kita berkongsi mula lah di viralkan, diumpatkan, menjadi bahan makcik makcik membawang hal kita pulak.
Last2 kehidupan kita menjadi hura hara. Kecoh sana sini. 

Ok lah. Mama an stop dulu ya. Layan aje gambar sekeping fresh2 lagi di atas train. Oiii mahal woo tiket train ini. Rm5 seorang. Setahun sekali blh la naik. Huhh

Ada masa nanti juga mama ann gi jejalan kt blog korang eh.

Gong Xi Fa Cai 2019

Gong Xi Fa Cai 2019

Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Dan kepada  rakan rakan yang lain selamat bercuti. 













恭喜發財
Gong Xi Fa Chai
Selamat Sejahtera

万事如意 
Wan Shi Ru Yi
Semoga Sukses


新年进步
Xin Nian Jin Pu
Memiliki Kemajuan yang Lebih Baik pada Tahun Baru ini

身体健康
Shen Ti Jian Kang
Memiliki Kesehatan yang Baik

新年快樂
Xin Nian Kuai Le

Selamat Tahun Baru

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com