5/1/20 - 6/1/20 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 5/1/20 - 6/1/20
Hari Raya di KPJ Kota Bharu

Hari Raya di KPJ Kota Bharu

Raya tahun ni Mak berada di KPJ. Jadi cucu cucu nya bersiap siap untuk melawat mak/toknya di Hospital tapi akan daya, tidak diberi kebenaran untuk menjenguk walaupun sekejap gara-gara corana/covid19. Terpaksa la bebudak ini menunggu di luar bangunan Hospital Perdana Kota Bharu.
Menjadi satu kenangan untuk tahun 2020.

Raikan Hari Raya bersama Keluarga TerCinta.

Raikan Hari Raya bersama Keluarga TerCinta.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tahun ini disambut agak ‘istimewa’ dan sedikit berlainan kerana kita menyambutnya dalam negara berdepan penularan Covid-19 serta tanpa Mak di sisi. Sudah 21 Hari Mak berada di Hosp. Kalau sebelum ini di Hosp Besar Sultanah Zainab di Kota Bharu tapi sekarang di Hospital Perdana Kota Bharu.
Alhamdullilah, Mak semakin sihat dari hari sebelum sebelum ini. Jadi raya kali ini berulang alik ke Hosp dibantu “bibik”. Anak anak (Cucu-Cucu) pun sudah lama tak dilihatnya semenjak berada di Hosp. Kawalan agak ketat gara gara penyakit Covid-19.
 
Selamat Hari Raya Aidilfiti, Maaf Zahir & Batin.
Manfaatkan sebaiknya teknologi dan medium untuk berkomunikasi selain amalkan jarak fizikal, menggunakan pelitup muka, cuci tangan dan menjaga kebersihan diri. Semoga hari raya ini tetap disambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.Tetap menjaga keselamatan diri walau di mana juga berada.

Bayaran pengeluaran i-Akaun KWSP dikreditkan bermula 4 MEI 2020

Bayaran pengeluaran i-Akaun KWSP dikreditkan bermula 4 MEI 2020

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bayaran Pengeluaran i-Akaun yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula esok sehingga 18 Mei ini.
Inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.
Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, ahli akan dimaklumkan melalui kemudahan i-Lestari Online sejurus selepas bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank mereka sekiranya akaun mereka adalah aktif dan tidak dibekukan.
Tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank ahli bagi tujuan pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran di pihak bank masing-masing, yang mungkin mengambil tempoh satu hingga tiga hari dari tarikh KWSP membuat pindahan.
"KWSP telah mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.
"Lanjutan daripada perbincangan itu, kami telah bersetuju kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingkat dari KWSP ke institusi kewangan.
"Insya-ALLAH jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Alizakri berkata, KWSP memahami keperluan mendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun terdapat kekhuatiran pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka.
Kredit : SINAR HARIAN



Akok Tradisonal

Akok Tradisonal

Terima Kasih Kepada Tanjung Pauh Trading & Constructions Minyak Masak DW7 atas pemberian kuih akok untuk berbuka puasa.
Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini juga amat popular ketika bulan Ramadhan. Rasanya yang lemak manis amat digemari oleh semua peringkat usia. Bahan utama dalam menghasilkan kuih ini adalah telur , gula melaka, tepung gandum dan santan

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com