6/1/11 - 7/1/11 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 6/1/11 - 7/1/11
Diamond Tiaras ;P LOVE IT!!

Diamond Tiaras ;P LOVE IT!!

Hasil drpd gelang & jgk rntai.

Pengantin merupakan raja sehari. jd smestinya stiap bakal pengantin m'impikan/ingin memakai tiara/crown ketika majlis perkahwinan mereka.
Alhamdullilah dgn rezki yg ada, dengan berkat kesungguhan my aunty,cikbie utk melakukan/myiapkan crown yang smestinya drpd berlian asli. x main yg tipu2 oke. wah eksyen. tiara ini dihasilkan dari beberapa utas gelang&rntai. hebat bukan. kemungkinan ada jgk yg tidak mempercayainya tp itulah hakikatnya. dengan izin NYA, stiap bakal pengantin prempuan dkalangan fmily kami akan memakainya. design stiasa btukar lah, atas brg kemas yang ada/dipinjam oleh aunty2 loll. keke. unik bukan??? bukan nk bangga diri/bermegah cuma nk bkongsi.................
Crown dipakai ketika majlis akad nikah.
gelang tangan berlian.
Alhamdullilah gamba di atas/bwh, kami telah sah mjadi suami isteri pd 12 june 2011(tgh hari) & melansungkan psandingan belah malamnya. (theme purple utk psandingan)
Pengajaran&Peristiwa Israk Mikraj

Pengajaran&Peristiwa Israk Mikraj

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

Hikmah Peristiwa Israk & Mikraj

Hikmah Peristiwa Israk & Mikraj

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Q.S. An-Najm: 13-18).
Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).

Pentingke Honeymoon ni??

Pentingke Honeymoon ni??

Langkawi Beach Resort
Apakah kepentingan bulan madu untuk pasangan pengantin yang baru sahaja mendirikan rumah tangga? Adakah pakej bulan madu memerlukan kos yang tinggi?Kemana sepatutnya untuk berbulan madu?…Sekiranya difikirkan balik bulan madu adalah sama penting seperti majlis perkhawinan.Ia adalah seuatu memori yang terindah yang akan terpahat didalam hati pasangan memperlai sehingga akhir hayat mereka.Sebelum khawin kita tidak berkesempatan untuk bercuti berdua-duan,tidur sebilik makan bersama dengan tanpa sebarangan gangguan.Jadi selepas kita sudah mendapat lisen bernikah atau berkahwin ini adalah masa yang amat ditunggu-tunggu.Jika sebelum ini kita memulakan percutian dengan beramai-ramai bersama kawan atau keluarga tapi kali ini kita akan memulakan percutian dengan 2 orang sahaja.ya! dua orang sahaja.
Jadi bagi setiap pasangan pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga,percutian bulan madu akan membantu dan memberi ruang kepada anda dan pasangan untuk lebih mengenali serta mengukuhkan ikatan yang baru terjalin diantara satu sama lain. Sesuatu kenangan yang perlu diabadikan antara anda berdua.

* sana sini org nanyakan honeymoon kami bdua. di mana, dah g honeymoon ker.. hurm.
* x smestinya pas kahwin terus pegi kan. harus settlekan kejaan2 yang spatutnya dahulu. dah tu pegi dengan senang hati.. heeee... tak gitu? stiap masa itu emas, setiap masa bsama itu sgt bharga x kira di mana jua.

* plan2 nyer bln julai nanti. heeeee ;P
* ikutkan this week tp tpaksa di tunda.


Sailing across blue seas....

Sailing across blue seas....

Kagum. Subhanallah, cantiknya pemandangan kat situ.....
* Pilihan incik suami, Heeeee..... di mana? cuba,cuba teka di mana ;P
Alamak!!! tidak dipersetujui oleh...... kerisauan kut2 saya 'mabuk' la pulak. muahaha.
yea yea x dinafikan/mengaku ann neh jenis 'mabuk' huweeekkk ok. hihi.
tpaksa la ditunda keinginan nk ke sini/tukar plan ke tempat lain sbg destinasi kami bdua. hurm..

Sebelum berangkat, seelok dan sebaiknya pastikan perut tidak kosong, tetapi jangan terlalu kenyang dan bagi yang tidak percaya diri boleh minum ubat anti mabuk kurang lebih 15 minit. Pilih tempat yang teduh tidak panas serta cari tempat udara yang bagus, dan tidak terperap. Berada ruangan yang ber-Air Cond.

Bagi yang mulai terasa mual dan pening sebaiknya mencuba menarik nafas dalam keadaan yang secara teratur. Siapkan kantung plastik untuk muntah jika tak dapat dicegah.


(Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut) hahahahhaa.......!!!!

  1. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
  2. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
  3. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
  4. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
  5. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
  6. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
CHIM CHUM AT FOOD VILLAGE

CHIM CHUM AT FOOD VILLAGE

Have you been in Pengkalan Chepa before? Pengkalan Chepa from Kota Bharu is just 10km.

Jika mahu menikmati hidangan ala-ala steamboat yang diusahakan oleh pemilik MELAYU bolehlah berkunjung ke :
FOOD VILLAGE RESTAURANT LOT 1184 KG, BAUNG, JLN PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU KELANTAN.
Pernah dengar makanan "Chim Chum"? Kalau anda pernah makan steamboat, mungkin anda akan anggap ini adalah makanan yang sama. Tapi menurut pemilik restoran ini ia sama dengan steamboat tapi tak serupa. Menurut beliau juga, Chim Chum ni sukar untuk dijumpai di Malaysia kerana ia merupakan menu dari Thailand. Namun, konsepnya sama dengan steamboat.Anda hanya perlu masak sendiri diatas dapur yang disediakan.
Anda boleh bakar dan rebus daging, ayam, sotong, isi ketam, fishball, kulat, sayur-sayuran dan lain-lain yang telah dipotong halus. Kemudian cecah dengan sos manis atau pedas.

Hidangan yang disediakan adalah secara bufet. Makanlah selagi anda termampu dengan hanya mengenakan harga yang amat berpatutan.

Harga per head : RM 13.90. Makan la semanyak mungkin tapi elakkan drpd pmbaziran oke! hihi.

Is the stressful environment getting to you?

Is the stressful environment getting to you?

beautiful face
What You'll Get
  • Ginger Oil & Herbal Ball Massage
  • Crystal Jelly Foot Bath
  • Full Body Scrub (Lulur Bali)
  • Ear Candling
  • Aromatherapy Eye Pillow
  • Sea salt Hot Pillow for the neck
  • Door Gift
  • Option: RM100 cash voucher to be used for facial treatments at the next visit
http://www.churpchurp.com/niknurehan/share/AngelWhiteWellness

MAD DEAL of the Day: RM58 instead of RM368 for the Ginger Oil & Herbal Ball Massage + Crystal Jelly Footbath + Balinese Full Body Scrub + Ear Candling + Aromatherapy Eye Pillow + Neck Sea Salt Hot Pillow + Door Gift at Angel White Wellness, Plaza OUG.

Is the stressful environment getting to you? Time to reward yourself with a fair treatment to your mind and body. A full body scrub and a relaxing footbath do sound like a great combo, don’t they?

Grab it fast! Time for some self pampering ladies!

Tell your friends about this deal and be rewarded with every purchase they make through your lin


BBM lebih jimat ;P

BBM lebih jimat ;P

BlackBerry® Messenger (BBM™) allows you to communicate quickly with your friends. And thanks to message indicators on BBM that let you know when your message has been sent, delivered and read by your friends, there are no worries about getting your message across!.

* asyikk! skg ni incik suami pun dh menggunakan blackberry. Sblm ni incik suami menggunakan nokia E72 shj. Heeeeee... Blackberry dari hasil hantaran pemberian ku kpdnya. skg ni x perlu sms2 dah, main BBM jerk kalau bjauhan. jimat!! ;P

* knapa Ann kata lebih jimat? sbbnya kita dah register line BB kan. so kalau BBM ni tmsuk dlm bayaran line BB dah. maksudnya kita sms, akan dicaj harga lain. so pd sesiapa yang guna BB, lebih baik b'BBM antara satu sama lain. x gitu??
wallpaper blackberry 9780. On Sale: Blackberry Bold 9780
* tgn ni gatal2 pulak nk pkai bb colour hitam. jadinya my white bb kasi incik suami yg guna. hohohooho. mgader!! hsil hantaran utk nya di pakai oleh ku. kuikui. nsib incik suami takde kesah. x patut kan. tapi nsib la incik suami sporting!! ;p

Mentua dan menantu Tinggal Sebumbung...

Mentua dan menantu Tinggal Sebumbung...

Perkahwinan merupakan ikatan suci yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Hubungan yang diberi nama ‘perkahwinan’ ini bukan sahaja untuk diri sendiri dan pasangan, malah turut meliputi hubungan antara kedua-dua belah keluarga. Oleh yang demikian, perkahwinan yang dibina bukan sahaja antara suami dan isteri, tetapi keseluruhan keluarganya termasuklah ibu bapanya.

Kebiasaannya, setelah mendirikan rumah tangga, pasangan suami dan isteri akan memilih untuk tinggal di rumah sendiri. Atas sebab-sebab tertentu, ada juga pasangan yang memilih untuk tinggal di rumah mentua. Namun, timbul satu persepsi iaitu jikalau pasangan suami ataupun isteri duduk serumah dengan mentua, pastinya akan wujud satu masalah yang sukar diselesaikan. Masalah tersebut pastinya berkait rapat dengan perasaan, hati, dan jiwa. Bak kata pepatah, ‘dekat bau tahi, jauh bau bunga’. Mungkin itulah yang akan terjadi apabila pasangan yang sudah berkahwin duduk serumah dengan mentua. Hal ini mungkin berlaku pada sesetengah pasangan sahaja dan bukan keseluruhannya. Tatkala menjalani hidup sebagai suami isteri di rumah mentua, pasti ada baik dan buruknya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan antara mentua dan menantu. Jika anda bijak mengawal keadaan, pastinya tidak akan berlaku masalah walaupun duduk serumah dengan mentua.

Panduan untuk menjadi menantu yang baik

1. Anggaplah ibu mentua seperti ibu sendiri. Dengan ini kita tidak akan kecil hati apabila dimarah, atau ditegur. Tatkala ditegur atau dimarahi, kita kena fikir bahawa semua itu hanya sebab mereka sayangkan kita, dan demi kebaikan rumah tangga kita.

2. Sebagai menantu, kita haruslah mengalah. Memang benar, mentua bukan sentiasa betul, tetapi kita ambillah masa untuk memahaminya. Janganlah terus membangkang apabila tidak bersetuju dengan mentua. Bertolak ansur itu merupakan sifat yang penting dalam kehidupan.

3. Elakkan konflik dengan mentua kerana akhirnya akan melibatkan suami. Teruklah apabila suami terpaksa memilih untuk berpihak sama ada ibu sendiri atau isteri. Hal ini berlaku kerana, di sebelah ibu dan sebelah lagi adalah isteri. Kedua-duanya sangat penting bagi suami seperti ‘ditelan mati emak, diluahkan mati bapak’.

4. Hiburkanlah hati mereka dengan memberi hadiah. Hadiah yang diberi tidak perlu terlalu mahal, walaupun hanya lauk pauk yang telah dimasak. Apabila berkunjung ke rumah mentua, bawalah buah tangan sebagai tanda kita mengingati mereka.

5. Jangan laporkan perkara yang tidak baik tentang suami kepada ibu mentua. Selalunya, tiada ibu yang tidak kenal akan anaknya sendiri. Kadang-kala, mentua sendiri akan datang pada kita dan memberitahu perangai anaknya sendiri. Jadi, hal-hal rumah tangga seelok-eloknya perlulah disembunyikan, melainkan sampai di satu tahap yang sangat teruk, bolehlah meminta nasihat daripada mentua.

6. Hantarkan gelombang positif. Sebagai menantu, kita perlulah bersangka baik dan sayang pada mentua. Hal ini berlaku kerana mereka juga seperti ibu bapa kita sendiri dan janganlah berburuk sangka pada mentua.

7. Berbaik-baiklah dengan semua ipar duai. Janganlah menikam belakang atau memburuk-burukkan ipar duai, dan jangan sekali-kali campur tangan masalah rumah tangga adik-beradik kita dengan menjadi batu api dan sebagainya.

8. Setiap hari, jangan lupa untuk mendoakan mentua dengan bersungguh-sungguh. Doakan kesejahteraan, kesihatan, kesenangannya, ringankan bebanannya dan lain-lain.Berilah khidmat seperti memasak, dan beri pertolongan kepada mentua dengan perkara-perkara yang kita mampu lakukan. Buatlah dengan seikhlas
hati.

9. Jadilah menantu yang soleh atau solehah. Beriman, boleh diharapkan, pandai menjaga rumah tangga, pandai mengambil hati, penuh kasih sayang, dan sebagainya. Ingatlah bahawa: “Reda Allah pada seseorang anak adalah bergantung kepada reda daripada ibu bapa anak tersebut”.

* Telah dibincangkan sebelum kahwin,kami bdua akan menetap di rumah parents Ann. Incik Suami bsetuju & fmily mertua ok shj. Ye lah, Ann kan anak tunggal. x kan pulak kami akan berpindah keluar utk myewa rumah lain atau tinggal bsama mertua. Lgpun rumah mertua x de la jauh pun. Heeeee.. Bila2 masa boleh pegi. TQ Incik Suami. Love you so much!!


Pengurusan MSJBOX yg CEKAP!!

Pengurusan MSJBOX yg CEKAP!!

Buat pengurusan,
Dear Admin,

Bayaran dah dibuat, sila buat pengesahan pembayaran.
Payment has been maid. Kindly confirm the payment.

Msjbox ID : M1835
Email : an.wardrobe@gmail.com
Blog url : http://www.an-wardrobe.blogspot.com

Edisi Semasa / Current Edition : Standard Edition
Tempoh / Period : 29-May-2010 - 28-May-2011
Cara Bayar / Payment Method : CIMB Clicks
Jumlah / Amount : 10
Tarikh Transaksi / Transaction Date : 27-Jun-2011
Mesej / Messages : payment msjbox : an.wardrobe@gmail.com

*Dihantar pada : 27-Jun-2011 (GMT)
* x smpai stengah jam, account ku sudah diaktivkan. heeeeee dh lama account msjbox ni expired. Baru hari ni tehegeh2 nk buat bayaran. Bukan apa, skg neh kurang skit btenet. sbb tu duk tangguh2. Kini tidak lagik, insyaALLAH akan mengusai dunia tenet siang malam kembali. (opss x spt sblm kawen lol, nama lg dh bkahwin mesti la ada tanggungjawab perlu dibereskan)

Msjbox ID : M1835
Email : an.wardrobe@gmail.com
Blog url : http://www.an-wardrobe.blogspot.com

Payment Method : CIMB Clicks
Amount : MYR 10
Transaction Date : 27-Jun-2011
Confirmation Date : 27-Jun-2011 (GMT)
Active Period : 27-Jun-2011 - 27-Jun-2012
Admin Message : ok, dah activate.
Trasaction Ref No. : T0828

Regards,
Msjbox Administration
JUNAIDIX SOFTWARE

* TQ INCIK JUN!

Malay Movie : KONGSI

Malay Movie : KONGSI

Pelakon : Tumulak (Shaheizy Sam), Norliana Samsudin (Detektif Maya), Fizo Omar sebagai ASP Shariff, Azad Jazmin (Mikail), Putri Mardiana (Yati), Fida (Maria), Zul Handy Black (Kimpedu), Shafie Jaafar (Tok Malik), Pooniah (Victor), Chew Kin Wah (Jimmy).

Synopsis : The action-comedy directed by Farid Kamil, focuses on the investigation done by ASP Shariff towards the killing of triad members in Kuala Lumpur. Various triad members are in shambles when they discover the presence of a hired killer Tumulak, who committed the killings to settle his debt. Asps Shariff are unable to pinpoint who are to be blamed since the cunning Tumulak works alone. In truth, the crimes are masterminded by Kimpedu, who hired Tumulak to stir the nest of the triads as Kimpedu plans to take control over Kuala Lumpur.

Sinopsis : Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.

* Incik Suami, tonite kita nengok citer ni oke, dh siap dload kan smalam. heee smalam kita nk tgk tapi tetido lak. heeeee.... ;P

Khurafat & Mantra, Seram??

Khurafat & Mantra, Seram??

Mengantok nyer!! ini gara2 layan movie bsama incik suami lah. Heeeee
Dah lama sangat Puan Ann x malayan movie2 ni. ting!!!! puan ann?? :p huhu
Last nite incik suami dload 3 movie. siap jerk terus layan. tgh2 malam layan citer antu. biaq betul! nsib la skg ni sudah ada incik suami di sisi, kalau tidak mana mungkin puan ann malayan movie2 neh lebih2 lagi citer hntu. citer apa? ala citer khurafat & mantra je pun ;P org lain awal2 lg dh tengok, kiter?? br nk tgk. ketinggalan betul kan. at least tgk jgk kan. kira ok la dr x tgk lansung. x gitu? movie ke-3 KONGSI, tapi dek mata ngantuk sgt jawabnya tetido loll!. haha.
poster filem khurafat
When it come to suspense scene, I feel it. BUT the acting need to be improve.

Pengarah:
Syamsul Yusof

Pelakon Khurafat: Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Md Eyzendy, Fauziah Nawi, Nur Huda binti Ismail, Mariani , Latiff Borgiba

Menarik kalau nk dibandingkan dgn movie Khurafat ;p

PELAKON: Zul Handy Black, Hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Azim, Hamdan Hj. Ramli, Bob Lokman, Rozaidi Abdul Rahman, Mon Ryanti

Mantra, filem yang memaparkan kehancuran sesebuah masyarakat sekiranya mereka bersekutu dengan syaitan yang bertujuan mahu membalas dendam terhadap golongan manusia. Perbuatan membalas dendam itu tidak menunjukkan sebarang kebaikan malah menjadi senjata syaitan untuk menghasut manusia ke jalan hancuran.

Perasaan menjadi isteri?

Perasaan menjadi isteri?

Alhamdulillah Incik Suami berjaya menyempurnakan Ijab dan Kabul dengan sekali lafaz. ...

Perasaan menjadi isteri? Sangat indah ;)
ALhamdullilah bsyukur kpd NYA, krn jodoh adalah pilihan sndiri. Alhamdullilah ibu bapa merestui pilihan saya. Semoga pilihan saya tepat & dpt harungi sgala cabaran dalam rumah tangga. Alhamdullilah, incik suami bukannya seorang yg cerewet. Apa yg disediakan, incik suami snantiasa bpuas hati,dari segi mkan,pakaian dll. Kami jalani idup yg simple. Sudah 15 hari kami menjadi suami isteri yang sah & penuh kemanisan. Semoga keindahan dan kebahagian kami kekal shingga akhir hayat, insyALLAH.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Married!! Dengan sekali lafaz...

Married!! Dengan sekali lafaz...

To be honest, i was so stressed out during my wedding preparation. stress yg bukan2.

Well, alhamdulillah my wedding went very well. im so bersyukur, it was beautiful and simple. just like i wanted. Everybody was happy.

Alhamdulillah, alhamdulillah, pengantin lelaki pun steady je. Sekali lafaz saja maka sah la kami sebagai suami isteri. Saya kini bgelar isteri org. Isteri kepada Mohd Khairi abdul rahman.
Tarikh : 12 June 2011

Apa yang penting, saya gembira dan mudah-mudahan kehidupan kami diberkati.

Persalinan utk....

Persalinan utk....

Persalinan utk 4 majlis/upacara. Keempat empat lai baju ini ditempah. Ditempah? huiyoo!! ahaaks. al maklum la bdn tlalu comel dah tu mahukan kpuas hatiaan kan. Nama lagi kawen skali seumur idup, insyaALLAH. Berbelanja lah sesuka hati. Itu pun nsib la my parento bermurah hati/bebesar hati utk menaja sgala galanya. TQ SO MUCH MAK! AYAH! x tbalas semua kebaikkan/kesenangan yg diberikan. Sgt2 mhargainya.

Hey!!! Incik Kairy, sila beterima kaseh jgk oke, krn keempat empat lai baju nya pun di sponsorkan oleh ibu bapa sayerp. Heeeeee. kan betul! tanpa mereka, pasti sayerp susah. Tapi x kan lah ada ibu bapa nk tgk anakknya susah & bseri di hari pkahwinan kan. Pasti ibu2 bapa2 menyediakan yang tbaekkkkkk! Pasti!

Baik dari segi pakaian, kasut, veil, tudung sumernya disediakan. ditempah di KL sana oke! tp x de la tempat2 artis tu tp kira tbaek jgk la di Gallery Bridal First Impressions ;)
x dinafikan abis ribuan ringgit tp kalau dh bpuas hati apa salahkan. lg pun majlis ini tsangat penting utk diri kita&kluarga.

* Harus ke dobi utk dry cleaning.
*Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur - 03-2691-9991

DiorSkin Extreme Fit Supermoist Compact

DiorSkin Extreme Fit Supermoist Compact

Supermoist Flawless Moist Extreme Wear Makeup

Alhamdullilah koleksi pertama dari CDior. Tq yunk sbb blanjakan. Pau 2 hari sblm mlansungkn pkahwinan. kuikui. Price : RM 188. Esk2 ada rezki lebih kita tambahkan koleksi yg lelain pulak oke!

Inspired by the latest innovations of the textile industry, DiorSkin Extreme Fit Supermoist takes smoothness, comfort and wear to the extreme, for lasting beauty perfection, even in the most unfriendly environments.A Dior innovation, its unique formula includes theTex-Fusion Technology that creates an invisible, micro-aerated and protective network to perfectly smooth the skin and maintain an ideal ""microclimate"" on its surface.Hydra-Gel System, a powerful hydration regulator to preserve optimum comfort.

Bedroom Furniture Set

Bedroom Furniture Set

Bkn nk menunjuk atau bemegah tapi ingin berkongsi set bilik dengan anda2 sekalian.
Buatan china jerk pun. first choice buatan dari spain tapi brg nyer x dpt nk smpai pd tarikh kami inginkan. tpaksa la memilih buatan china. harganya sama shj. jd lebih bebaloi la beli buatan spain itu. utk pengetahuan korang la yerp buatan sana takde king tapi didatangi extra king.
x de la tlalu mahal tp harga yg bpatutan. mampu milik la!
Size : king size. Buatan China, plywood. Harga : RM5+++

Putih Bersih Konsep Restoran Wau

Putih Bersih Konsep Restoran Wau

Restoran Wau di Jalan Tengku Petra Semerak, Kota Bharu, Kelantan

Restoran Wau meupakan sebuah restoran yang menyediakan juadah istimewa seperti roti tempayan,capati,masakan thai,masakan chinese,masakan panas,western food.

'Bayangkan roti canai, roti tempayan, capati, roti nan, roti tisu yang aromanya cukup menyelerakan dihidang dalam pinggan putih bersih, suasana pula tenang, selesa dan sejuk nyaman atas kerusi empuk namun.
Lokasi premis perniagaan yang strategik, dikelilingi bangunan kerajaan dan sektor korporat antara kelebihan Restoran Wau pantas meniti dari mulut ke mulut menyebabkan ia dipenuhi pelanggan setiap pagi dan tengah hari.

Dibantu 35 pekerja yang memulakan operasi seawal tujuh pagi sehingga 1 pagi, penampilan baju T putih dan rekaan huruf wau berwarna hijau jelas mempamerkan kebersihan amat dititikberatkan di restoran ini.

Pandangan juga tertancap kepada dekorasi dalaman restoran yang serba putih di bahagian dinding, lantai dan syiling dengan pemilihan mar mar berkilat cantik.

Perabot dibawa khas dari Bali, Indonesia menumpukan rekaan kerusi santai dan meja yang juga berwarna putih. Bentuk meja bulat dan empat segi disusun atur berselang seli bagi mengurangkan kebosanan terutama pelanggan tetap.
Honey Dew Special! sungguh special. siap tanya air apa ni. hehe. di luar jangkaan oke! ingatkan special dlm gelas ke apa. nah amik!

Mmg bpuas hati lol. sgt kelainan. keke. suasana di sana agak tenang & best. mkanan dia sgt oke! atas slera masing2 jgk la kan. Service mmg cekap, mkanan pun cepat jerk smpai. pkerja/pelayan agak rmai. pelanggan pun x henti2. kuar masuk! sgt slesa loll! Skali pegi nk lagi! heeeeee ;p

M'proses doorgift!

M'proses doorgift!

Doorgift utk tetamu yg sudi mghadirkn diri. time ni tgh m'proses doorgift bsama ibu tsayang.. hihihi. ada apa di dlm nya? smestinya choc cadbury ;p yummmyyy!!! bratus ratus jgk la.

STICKER!

STICKER!

STICKER UCAPAN TERIMA KASIH.
Sticker & Tag Telur

Simple2 shj. Heeeee sticker transparents utk dilekatkan. knapa an memilih transparents? nk kasi timbul loll. Kenapa an memilih colour puteh&silver utk tag trima kaseh. ye lah baru la masyuk utk semua colour ;)

Gini la rupanya bila kita lekatkan sticker td ;) amacam orait tak? orait ke tidak sudah pun slesai, yang penting tuan rumah/tukang lekat bpuas hati. heeeee

You must eat! Chocolate makes you happy. Hehe.

You must eat! Chocolate makes you happy. Hehe.

Cadbury Malaysia is committed to bringing you the best in chocolate products!

Mini Choc x mgira umur. heeee. kecik chomel jerk ;P
Hanya ini jerk yang tmampu utk diberikan sbg doorgift. orait la tu kan. shedapp bukan?Sapa x suka choc dari cadbury. pasti myelerakan. x de la kasi incik tom yg mkn. Heeee..
&
Pop a Cadbury Choclairs into your mouth and get ready for a chocolate explosion. A unique caramel candy with a sweet gooey centre. Choclairs! Choclairs! Choclairs! I am wondering who doesn’t like Choclairs! Do you eat Choclairs? No?! Faster go eat, you have to, because it’s awesome!

Cadbury was founded as a grocer’s shop in Birmingham, England almost 200 years ago. Through time, Cadbury has grown from strength to strength and has become the world’s number 1 confectionary company. The name Cadbury is now synonymous with delicious chocolate goodness!

* Cloud 9 diberikan tyme doorgift akad nikah ;P

aku jatuh cinta by Tompi

aku jatuh cinta by Tompi


Hari ini aku telah jatuh cinta
Tak kan mampu aku menyangkalnya
Jatuh cinta kepadamu
Sosok yang sering menjengkelkan aku
Sering menggangguku
Kau permainkan rasa hatiku
Namun kini aku berbalik
Jatuh cinta dan bernyanyi

Reff:
Aku jatuh cinta kepada dirimu
Orang yang tak pernah ku bayangkan
Tak pernah ku mimpikan
Untuk bisa menjadi pacarku

Malam ini aku berniat
Untuk mengatakan rasa cintaku
Semoga tanganku berjodoh
Untuk bertepuk dengan cintamu

Back to Reff:

Jadi pacarku… jadi pacarku

Back to Reff: 2x

LED (Light Emitting Diode)

LED (Light Emitting Diode)

Agak2 apa yg ada dlm kotak ini yerp?? TQ so much to my parents sbb sponsorkan "ini". Heeee. ya lah semua menda ayah & mak sponsorkan oke, kcuali photoaura. keke. sndiri bayar. keke.
Heeee apakah ini? korang dh leh agak ker?? Heeee.. Korang mmg pandai oke!!
Tadaaaaaaaaaa!!! sudah siap pasang... Haaaa betul la tu!! lampu yg mggunakan LED ;P
Huiyoooooo!! skali dapat spasang oke! yea yea. bilikku diterangi lampu yg lawa, mempunyai 3 step dalam kata lain, 3 colour oke ;) sempoi abiss......

*Banyak digunakan sebagai lampu krn menggunakan daya yang lebih sedikit.

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com