8/1/20 - 9/1/20 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 8/1/20 - 9/1/20
Bengkel Menggunakan Instagram untuk Bisnes di Kelantan

Bengkel Menggunakan Instagram untuk Bisnes di Kelantan

BENGKEL INSTAGRAM MARKETING DI KELANTAN IS ONNNNN!

Terbuka pada semua Usahawan dan bakal Usahawan yang ingin mengetahui tips & strategi marketing terbaru di Instagram.

Bengkel selama 1 hari ini akan di kendalikan oleh Jurulatih Pemasaran Instagram, Cikgu Ada Adwa yang telah membimbing puluhan ribu usahawan seluruh Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pemasaran Instagram.

Antara topik yang beliau akan kongsi kepada peserta di Kelantan adalah:

1. Asas Pemasaran di IG

2. Strategi Posting & Sharing di IG

3. IG Stories dan IG TV

4. Instagram Insight

5. Stylish Photo & Theme

6. IG Hashtag

7. Bina IG Targetted Followers

8. Bina Content di IG

9. dan banyak lagi...


Bengkel Pemasaran Online : Instagram for Business

Tarikh: 26 September 2020 (Sabtu)

Masa: 9am - 5pm++

Lokasi : Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, Wakaf Che Yeh

Anjuran : Projek Paseto

Dengan kerjasama : Aura Insta & Kelab Media Digital dan Eksplorasi Kelantan (K-DMEC)

TERHAD 100 PESERTA SAHAJA!

Dah ada 50 peserta dalam senarai menunggu. Pat pat nya nya,

Siapa cepat, dia punya. ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ’ช

Yuran kepandaian : 

✏️ RM80 seorang

✏️ RM140 untuk 2 orang (RM70 seorang untuk yang mendaftar bersama rakan)

Untuk pendaftaran, sila Whatsapp laju-laju ke nombor di poster. Jumpa korang di sana! ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ’ช

#InstagramForBusiness

#ProjekPaseto

#AuraInsta

#KDMEC

Hari Belia Negara Peringkat Kelantan 2020

Hari Belia Negara Peringkat Kelantan 2020

 #HariBeliaNegara adalah menghargai peranan dan sumbangan belia kepada pembangunan negara.

Tema tahun ini “Dekad Ini, Dekad Anda”, menggambarkan kesungguhan kerajaan untuk berganding bahu mengiktiraf golongan belia sebagai penyumbang utama kepada hala tuju pembangunan negara.



Tahniah. Naib Johan Individu Lelaki (Tuan Muda Hassan II)

“Semoga terus menyerlah sebagai anak muda yang berdaya saing dan menjadi aset kepada negara”.

#HariBeliaNegara

#haribelianegara2020 

#HariBeliaNegaraNegeriKelantan

#DekadIniDekadAnda

Karnival Usahawan & Kerjaya Kelantan 2020

Karnival Usahawan & Kerjaya Kelantan 2020

Jom Pakat Nego & Cari Kerja!

Masuk Secara PERCUMA!

Program Karnival Usahawan Dan Kerjaya Kelantan 2020

Tarikh : 29 Ogos 2020 ( Sabtu )

Masa  : 8:00 pagi – 5:00 petang

Tempat : Dewan Besar Balai Islam, Lundang,

                15200 Kota Bharu, Kelantan

#wajibpakaimask/pelitupmuka

Fresh Oyster Pok Weil

Fresh Oyster Pok Weil






Molek kejadian..!
Tiram adalah sajian utama. Semua menu ada tiram. Seriously yang ni korang should try!!!! 

Fresh oyster Pok Weil. RM2 seketul je.
Aummm.

Lokasi Gerai Maggi Tiram Pok Weil terletak di Jalan Gong Batu, Kemayang, 16320 Bachok, Kelantan. Bagaimanapun, lokasinya ini berdekatan kawasan kampung. Oleh itu, anda disarankan menggunakan aplikasi WAZE atau Google Maps untuk ke sana.

 
Mesyuarat Agong DPMM Negeri Kelantan 2020-2023

Mesyuarat Agong DPMM Negeri Kelantan 2020-2023
















Terima kasih semua yang terlibat dalam Mesyuarat Agung Penubuhan DPMM Negeri Kelantan 2020-2023 (Baharu) pada 19 Ogos 2020 (Rabu) di Auditorium MARA, Kota Bharu, Kelantan.

Semoga dengan penubuhan ini usahawan Kelantan lebih cemerlang di peringkat negeri, negara dan antarabangsa. Insyaallah... Amiiiin...

BERJASA - BERJAYA BANGSA

#dpmmkelantan

UJIBAKAT MENCARI โ€˜FACESโ€˜

UJIBAKAT MENCARI ‘FACES‘


UJIBAKAT MENCARI ‘FACES

FACES merujuk kepada ikon atau lebih tepat selebriti media sosial yang berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut samada di Youtube, Facebook mahupun Instagram.

Ujibakat ini bakal memilih dan mengetengahkan ‘faces’ yang terpilih menjadi ‘jurucakap’ dan promoter kepada Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN).

OBJEKTIF

1. Memilih individu di kalangan belia Kelantan yang berketerampilan dan bersahsiah ‘MBI’ untuk menjadi ikon dan selebriti media sosial,

2. Membentuk dan melahirkan pengacara dan wartawan lapangan yang berpengaruh seiring dengan trend generasi muda hari ini, dan

3. Menjadi jurucakap dan promoter kepada UPKN dan Kerajaan Negeri dalam segenap hal.

TARIKH, MASA DAN TEMPAT UJIBAKAT

Tarikh : 15 dan 16 Ogos 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 10.00 pagi sehingga 4.00 petang
Tempat : Restoran Baloh Jembal, Lorong Sri Madani, 15200
Kota Bharu, Kelantan
(https://goo.gl/maps/p9UTiFaRZZTYJk5x7)

SYARAT-SYARAT UJIBAKAT

1. Terbuka kepada lelaki dan perempuan
2. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan menetap atau bermastautin di Kelantan
3. Berumur di antara 18 sehingga 30 tahun
4. Fasih bertutur Bahasa Melayu dan Inggeris. Bahasa-bahasa lain adalah satu kelebihan
5. Berminat dan berkebolehan di dalam bidang pengacaraan dan penyiaran
6. Berketerampilan dan berperwatakan menarik dan selari dengan dasar ‘Membangun Bersama Islam’
7. Mempunyai akaun media sosial
8. Calon yang berminat perlu membawa portfolio berkaitan

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Penyelaras Ujibakat Mencari ‘Faces‘ di talian 01110718407 (En. Mohamad Zaki Mustafa)

 

COFFEE TALK WITH BEN ; Masa depan dunia Blogging

COFFEE TALK WITH BEN ; Masa depan dunia Blogging

Blogger adalah orang yang membuat dan mengelola blog, membagikan pandangan serta perspektif mereka ke audience secara online baik untuk tujuan pribadi maupun bisnes.


Untuk yang masih tertanya-tanya bolehkah kita buat duit daripada blog.

Jawapannya?

Ya, blog memang boleh jana pendapatan jika kita buat dengan betul.


Bagaimana cara buat duit dengan blog?

Terdapat banyak cara.

Ikut kreativiti masing-masing.


Saat ini sudah banyak blogger yang terkenal dan menjadi ‘selebriti’ di dunia online dan juga offline.


Sebilangan blogger ingin tetap tidak dikenali kerana mereka dapat bersembunyi di balik topeng mereka dan melepaskan perasaan mereka yang sebenarnya, tetapi bagi mereka yang tidak mahu menyamar, tulis blog untuk dibaca dan dinikmati oleh dunia.




















 

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com