10/1/12 - 11/1/12 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 10/1/12 - 11/1/12
Hari raya aidiladha haji korban 2012.

Hari raya aidiladha haji korban 2012.


(lama sudah x bgambar aka mengambik gambaq sndiri, heeeeeeee..) bila dh ada ank, anak mesti didahulukan. zaman utk bgamba sudah tamat kut! turn anak bposing sakan pulak. heee..

I would like to wish all Malaysians Happy Hari Raya Haji and Happy Holidays! While animals such as sheep, goats and cows are sacrificed before being distributed among the Muslim community on this special day, the celebration of Hari Raya Haji is also a reminder to share one’s wealth with the less fortunate.
Beefy. Juicy.

Beefy. Juicy.

Photo: Jom dinner dgn samurai burger..
i just bought it for my DINNER like i heart beef always

Indulge in the NEW Coffee with Oreo Cookies McFlurry or Sundae and MILO Supreme McFlurry after a sumptuous McDonald's meal!

A great choice for an everyday treat!
Photo: Malty Chocolate today, crunchy coffee tomorrow.
 
Indulge in the NEW Coffee with Oreo Cookies McFlurry or Sundae and MILO Supreme McFlurry after a sumptuous McDonald's meal!

A great choice for an everyday treat!
Tidur dgn lenanya dgn mamas&papas. Alhamdulilah.

Tidur dgn lenanya dgn mamas&papas. Alhamdulilah.

Photo: Syioooook tido!
Tengok la betapa lenannya anak saya hadif hassani tidur di cot bednya. heeeeee.. dihiasi pulak dengan mamas papas bumper n fitted sheet. heeeeeee. Dengan cuaca yang sejuk. hihi. mmg mengasyikkan!
Photo: Cot bed dihiasi dgn Mamas & Papas bumper and fitted sheets.
Photo: Mamas & Papas bumper and fiited sheets
...GOMO KELATE GOMO.........

...GOMO KELATE GOMO.........

Photo: Bakpo Kito Sokmo ??? Piala FA, Liga Super & Piala Malaysia...

Alhamdulillah Kelantan berjaya mencipta TREBLE untuk musim 2012 !!! Syabas. Tahniah diucapkan kepada semua pemain pasukan Kelantan. Tidak lupa juga kepada semua penyokong2 setia Kelantan yang xputus2 memberikan sokongan kepada pasukan...Anda semua memang TERBAIK !!!

Kelebihan Fisher-Price - Healthy Care Booster Seat :

Kelebihan Fisher-Price - Healthy Care Booster Seat :

Photo

 - kerusi yang biasa digunakan oleh anak-anak 
- senang dipasang dimana-mana kerusia meja makan 
- kerusi yang mempunyai tray makan tersendiri 
- senang untuk dibawa kemana-mana 
- boleh dilaraskan kepada 3 peringkat ketinggian mengikut ketinggian meja dan kerusi dilengkapi dengan tali pinggang yang perlu dipasang ketika meletakkan anak didalamnya 
- sesuai digunakan dalam pelbagai peringkat umur. 
 - Palang kerusi dibelakang mampu menampung tulang belakang bayi yang masih belum kuat untuk duduk sendiri dan juga kanak-kanak yang besar. 
- Sesuai utk 6 bln ke atas ( tidak lebih berat dari 22.5 kg)
Alhamdullilah, booster seat yang dibeli di http://www.littlewhiz.com telah slamat smpai. heee. sgt bpuas hati lah. sbbnya smpai dlm keadaan baik kan. olololo my baby agak besar sizenya jd muat2 aja booster seat ni. tapi x pe lah nampak nya hadif sukakanya! itu yg penting!!

Photo
TEKNIK TEPUK BANTU BAYI HILANGKAN KAHAK!!

TEKNIK TEPUK BANTU BAYI HILANGKAN KAHAK!!

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 

 "Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. "Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. 

Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka. ibu bapa diingatkan sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak TIDAK minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah
Fisher Price or The First Year!!??

Fisher Price or The First Year!!??

The Healthy Care Booster Seat is a good buy to put your mind at ease that your child is feeding from clean and bacteria-free surfaces. The Booster Seat comes with a snap-on lid to keep the feeding tray clean until it is ready for use. The tray can be popped into the dishwasher for sanitization. The booster comes in bright attractive colours and is easily cleaned because there are no unnecessary crevices to trap dirt or crumbs. Moreover, the front and rear seat straps can be adjusted to fit any chair. 

The Fisher-Price Healthy Care Booster Seat is compact and portable – it can be folded easily to be carr ied along with other baby’s necessities wherever you go. There is even a strap to be slung over the shoulder for easy portability.
The new miSwivel Feeding Chair from The First Years was designed to make feeding your little one easier and more comfortable - from birth to four years old. miSwivel can swivel from side to side and quickly lock into seven different positions, so you don't need to move or re-position the entire chair. miSwivel can recline into five different positions, so you can easily feed your newborn.

miSwivel has a five-point harness for safety, and you can convert the infant feeding seat into a booster seat easily. With easy cleaning in mind, miSwivel was designed to avoid the "crumb cracks" of other feeding chairs. miSwivel comes with a sturdy tray and a convenient second insert tray, both of which are dishwasher safe. miSwivel's fabric is reversible, easy to clean, and safe to go in your washing machine for deeper cleaning. miSwivel also has two height adjustments. It's an incredible feeding chair!
Cot Bed -  I'm confused. which one is good n prefered?

Cot Bed - I'm confused. which one is good n prefered?



A 2 in 1 Baby Cot that can be easily converted into safe and double railed toddler bed. I'm looking out for something that would go for long time.

Apakan cara untuk memperkenalkan makanan separa pejal?

Apakan cara untuk memperkenalkan makanan separa pejal?


Pakar tempatan kami menyarankan supaya bayi anda diberikan campuran bijiran dan susu, iaitu, antara dua atau tiga sudu kecil bijiran dicampurkan dengan sebahagian daripada susu yang diambilnya untuk menjadi adunan yang rupanya ‘seakan-akan sup’. Kementerian Kesihatan juga menyarankan beberapa makanan sebagai pemula separa pepejal, iaitu, bubur yang disediakan di rumah, bijiran beras untuk bayi dan sayur-sayuran yang dimasak dan dilecek atau dipuri, dan juga buah-buahan. Berikan semua ini kepada bayi dengan sudu yang hujungnya diperbuat daripada getah yang lembut. Kemudian, berikan dia susu yang selebihnya. Makanan separa pepejal tidak semestinya diberikan pada waktu pagi; pilihlah masa yang sesuai untuk anda dan bayi anda. 


Apabila bayi mula membiasakan diri dengan tekstur baru dan beransur-ansur makan lebih banyak makanan pejal, dia tidak lagi memerlukan sangat susu tambahan untuk mengenyangkannya. Namun, pada mulanya, ternampak oleh anda seolah-olah bayi anda hanya makan sedikit sahaja, walaupun banyak masa dihabiskan untuk memasukkan makan yang sedikit itu ke dalamnya. Anda mestilah bersabar dengan si kecil anda dan ingatlah bahawa ini adalah kemahiran baru dan dia memerlukan masa untuk mempelajarinya. 

Apabila bayi sudah biasa makan bijiran sebanyak dua atau tiga sudu kecil sehari, cubalah tambah makanan lain. Bila dia sudah pandai makan bijirin dan semakin cekap menggunakan gerakan mengisar ke kiri dan ke kanan, kurangkan cecair dalam bijiran supaya teksturnya menjadi lebih pekat. Ini akan membantu bayi anda berlatih mengunyah (dengan gusinya) dan menelan. 

Selera bayi anda adalah berubah dari satu waktu makan kepada waktu makan berikutnya, jadi perhatikan tanda-tanda bahawa dia sudah kenyang. Seorang bayi yang sudah tidak mahu membuka mulutnya untuk terus disuap, atau berpaling muka, atau mula bermain dengan makanannya, mungkin sudah kenyang.
Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal?

Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal?


Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia: 


• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu 
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 

• duduk dengan baik apabila dipegang 
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri. 

• melakukan pergerakan mengunyah 
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh. 

• telah naik berat badan secara sihat 
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda. 

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan 
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.

My Baby Ready to Eat Rice Cereal.

My Baby Ready to Eat Rice Cereal.

Photo: My Baby Ready to Eat Rice Cereal.

Photo: First taste of baby cereal ☺

Nestlé® CERELAC® Infant Cereal Rice &Milk help your child move from a milk-only diet to one that includes solid food with the least discomfort. Now even better with BL Bifidus® and the combination of iron, Zinc, Vitamin A & Vitamin C nutrients which help strengthen your little one's natural defenses.
Panduan Makanan Pelengkap Bayi 6 Bulan Ke Atas

Panduan Makanan Pelengkap Bayi 6 Bulan Ke Atas


Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi

  • Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.


Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL

  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea


KUMPULAN BIJIRIN


  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.

SAYUR2AN

  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.

Garam, Gula dan Bahan Perasa

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.


6 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI

Minggu 2-4


Tekstur
  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
  • 2-3x sehari
Contoh makanan
  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
7 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut
Kekerapan
  • 3-4x sehari
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)
  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah-buahan (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju

9-11 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com