3/1/21 - 4/1/21 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 3/1/21 - 4/1/21
KAYUHAN PERTAMA TAHUN 2021, MARCH

KAYUHAN PERTAMA TAHUN 2021, MARCH

Orang kata kayuh basikal bagus untuk lutut & jantung

Bukan nak mengikut trend berbasikal tapi ingin mencuba.
Ini adalah pertama kali membuat kayuhan bersama rakan rakan.
Waaa lenguh peha juga. haha.
๐Ÿšด‍♂️
Ride Santai 3-5 orang je
๐Ÿ“†
31 Mac 2021 (Rabu)
⏰
7.30 pagi - 12.30 tengahari.
๐Ÿ“
KB - Kubang Kerian - Pasir Hor - Pasir Tumboh - Kubang Kerian - KB
✅
Boleh naik basikal sendiri atau sewa basikal RM15 je.
Di Taman Hijau, KB.
Perjumpaan Jawatankuasa K-DMEC

Perjumpaan Jawatankuasa K-DMEC

Perjumpaan Jawatankuasa

Kelab Media Digital dan Eksplorasi Kelantan K-DMEC

InsyaALLAH akan banyak lagi program2 untuk komuniti akan di laksanakan sepanjang tahun 2021 ini.
Lepas meeting kita makan set talam best.

Program dalam masa terdekat :
1. 29/03/2021 - 30/03/2021
Karnival Kerjaya 2021 Bersama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan.
(Membuka Booth Minuman, Coklat Piorr DOJENG)

2. 03/04/2021
Program Jana Ekonomi Wanita Bagi Golongan B40 ”Resepi Puding Raja” berkolaborasi dengan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan.
2. 10/04/2021
Instameet Kelantan adalah peluang bagi orang-orang yang menggunakan Instagram untuk bertemu satu sama lain dalam suasana sosial, di mana mereka juga boleh kreatif (umumnya menggunakan fotografi sebagai media) kolaborasi dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

3. Awal Puasa
Program Bakul Ambang Ramadhan di Bawah Cakna Kasih (saham akhirat)
Bayangkan amalan sedekah ini sudah dilipatgandakan pahalanya pada bukan bulan Ramadhan, agak-agak jika dilakukan pada bulan Ramadhan berapa banyak gandaan pahala yang kita terima?
Tujuan untuk membantu meringankan beban ditanggung mereka di samping menyuntik semangat untuk menikmati Ramadan.

4. Cadangan Buka Puasa 
InsyaALLAH. Doakan Projek dan dana diluluskan. Amin.Email: kelantankelabmedia@gmail.com FB:https://www.facebook.com/kdmec
Air Nyior Pandan di Taman Maju, Kota Bharu

Air Nyior Pandan di Taman Maju, Kota Bharu

Jemput minum blako...

Air Nyior Pandan...
Harga RM3.50 sen sebiji.
Isi kelapanya pula, boleh korek dengan sudu. Korek, dan kaut bawa masuk mulut.
Ikan Kering Gelama Sungai di Kota Bharu

Ikan Kering Gelama Sungai di Kota Bharu

Ikan Kering Pembuka Selera orang ramai sebagai juadah pembuka selera ketika bersahur.

Untuk menghasilkan Ikan Gelama Sungai Yang Bekok Atau Pun yang Kering, antara proses yang ter penting adalah pemilihan Ikan Gelama Hendaklah Dari  yang Fresh atau pun yang Baru Naik Dari Lauk. 

Ikan Gelama Ini tidak Boleh Di campurkan Dengan Air Batu.

Sekiranya Ikan Gelama Ini Di Campur dgn Air Batu, ia akan mengeraskan Isi Ikan Gelama Itu. 

Ikan yang sudah disiang dan dibersihkan, direndam dalam air garam bersama cuka selama 40 minit atau dilumur dengan garam secukupnya.

Jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari atau 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.

Jika ikan tidak kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam peti sejuk beku untuk mengelakkan ikan kering dari busuk dan hapak.

Ini bagi menimbulkan rasa masin, lemak dan masam yang seimbang,”

IKAN GELAMA SUNGAI NI ASAL DIA DARI LAUT JUGA CUMA PANGGILAN DIA SAHAJA, Orang Panggil Gelama Sungai.

#ikangelama #ikangelamamasin #ikangelamagoreng #ikankering

Bengkel Pemasaran YouTube & TikTok 2021

Bengkel Pemasaran YouTube & TikTok 2021

 Bengkel Pemasaran YouTube & TikTok 2021

Lokasi bengkel di Telipot, Kota Bharu.

7 & 8 April 2021 (Rabu & Khamis).

9 pagi - 5 petang, selama 2 hari.

Terhad 20 peserta sahaja.

Berumur 18-35 tahun pada tahun 2021.


Tenaga pengajar mempunyai 237K subscribers di YouTube dan 191K followers di TikTok, ingin membantu belia di Kelantan untuk maju bersama.


Syarat penyertaan :

1) Telah upload minima 10 video di YouTube.

2) Telah upload minima 5 video di TikTok.

3) konsisten upload 1 video content setiap minggu di YouTube / Tiktok selama 3 bulan selepas program.


PERCUMA T-shirt program, sarapan, makan tengahari disediakan.


Yuran RM50 sahaja untuk program 2 hari. Lain-lain bayaran kami tanggung. ๐Ÿ˜ƒ✌️


Berminat? Terus pm laju-laju di inbox. Komen kami xberapa layan sangat sebab terhad 20 orang je. ๐Ÿคญ๐Ÿคฃ


First come, first serve.


Jom daftar sekarang! ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช


Program anjuran Kementerian Belia Sukan bersama Dewan Muda DPMM Kelantan dan Persatuan Belia Miri.


๐Ÿ“ฒwasap.my/60179784787/bengkel+youtube+tik+tok

Kayak Ekplorasi Usahawan Kelantan 2021

Kayak Ekplorasi Usahawan Kelantan 2021


Program Kayak Xplorasi Usahawan Muda Kelantan 2021 anjuran bersama sayap Dewan Muda - Dewan Perniagaaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan (DPMM Kelantan 2020-2023) dan Kerajaan Negeri Kelantan.Terima kasih YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Exco Belia, Sukan & NGO, Kerajaan Negeri Kelantan yang sudi mencuri sedikit masa untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk para peserta, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu majlis penganugerahan pensijilan pembangunan kerjaya.
Terima kasih pada AJK dan ahli-ahli DPMM Kelantan, peserta dan semua rakan strategik iaitu Urus Setia Belia dan Sukan Kelantan (UBeS), K-DMEC, Ccopong, Nurehan, Projek Paseto, Jabatan Pembangunan Wanita @ Ppwn Kelantan, Kelab Belia Pak Hussin Kbkph yang sudi sertai program ‘outdoor’ yang julung-julung kami anjurkan ini.

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com