12/1/20 - 1/1/21 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 12/1/20 - 1/1/21
Pulut Ikan Bakar Tok Bali

Pulut Ikan Bakar Tok Bali

Mohd Khairi MegaTransformasi Timur pekena Pulut Ikan Bakar. Dihidangkan pulut serta parutan kelapa & kicap. Ikan selayang/sardin dibakar panas panas.
1 set cuma, Rm5 sahaja.

Kesedapan? Biasa biasa sahaja seperti di tempat lain. Alang alang ke tok bali atas utusan kerja boleh la singgah di sini.

Kenyang makan petang. Restoran Pulut Ikan Bakar Kak Za, Tok Bali

Kari & Bakar Udang Ketak

Kari & Bakar Udang Ketak

Bahagia betul hati isteri bila suami membantu di dapur. Bukan semuanya isteri buat, suami goyang kaki lepas tangan. Tapi alhamdullilah suami mama ringan tulang tapi ada masa berat juga. Haha. Banyak berat atau ringan itu belakang kira. Yang pasti ada kerjasama dalam jalani kehidupan harian bersama 4orang anak.

2 hari lepas, incik suami ada beli sekilo udang ketak dengan harga Rm38 di Pasar Gok Kapur, Kota Bharu. Sekilo udang ini dapat la 8 ekor jadinya 4 ekor di bakar dan baki 4 ekor lagi dibuat kari.

Tongteng tongteng terjadi lah kedua dua lauk untuk makan malam. Haishh jangan tekejut yea bukannnya makan sekali gus dapat la makan 2kali.

Resepi kari? Nati mama ann akan buat 1 post yea.

Nak hilangkan hanyirnya; siraman air yg kedua masukkan garam kasar atau biasa..masuk air sedikit..

Memang terangkat rasanya !!! seperti ketam pun ada....mesti cuba baru tahu.
Udang ketak atau udang lubuk (Thenus orientalis) ialah sejenis spesies udang kara yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Udang lubuk mempunyai badan keper, dan boleh membesar sehingga 25 sentimeter.

Kelebihan :

1. Menjaga kesihatan jantung

2. Mencegah penyakit darah rendah

3. Menjaga kesehatan mata


Macam mana nak tahu udang tu segar. Ni lagi senang, kalau udang tu warna dah merah, janggut pon dah tanggal makna nya memang tak segar dah. Udang yang segar warna masih putih dan kepala dia tak tertanggal lagi.
Sesi persekolahan 2021 mula 20 Januari secara bersemuka.

Sesi persekolahan 2021 mula 20 Januari secara bersemuka.

Persiapan sekolah 2021.

CUTI sekolah semakin hampir, misi mencari barang sekolah pun bermula. Ibu bapa mesti dah mula fikir beli barang sekolah anak-anak, kan?
Tak Semestinya Semua Mesti Baru!
Berbelanja ikut kemampuan. Jika anak sekolah rendah, mereka tak kisah pun jenama apa, asalkan cantik dimata, mereka dah suka sangat. untuk anak anak kami gitu lah.
kalau nak berjenama, mak mak je kut yang lebih lebih.
Pendapat Mama Ann, biasa biasa pun sudah memandai. Anak anak ni pakai kejap dh hilang. jangka hayatnya tak lama.
Get ready!
Selamat Kembali ke Sekolah 20 Januari 2021
*Bahagian baju sekolah dah settle. Bag sekolah? kemudian lah. beli sikit sikit baru x terasa duitnya keluar sekali gus. hehe
Lukisan Mural Bertemakan Petugas Barisan Hadapan menangani wabak covid19

Lukisan Mural Bertemakan Petugas Barisan Hadapan menangani wabak covid19

Setiap daripada kita ingin menikmati kehidupan semula

Jasa,dedikasi & khidmat mereka amat besar nilainya.
Bersama lah kita doa agar wira wira diberi kekuatan dan berdoa untuk kesejahteraan serta perlindungan kita semua.
Kita mesti menang.
“JOM kita putuskan rantaian penularan Covid-19”.
Lukisan mural pertama di Pantai Timur dengan tema bersama petugas barisan hadapan menangani wabak covid19, kita mesti menang.
Mesej yg jelas seiring normal baru.
Menerusi dana Balai Seni Negara dengan kerjasama MPKB-BRI, mural sepanjang 80 kaki itu adalah hasil karya dua pelukis anak tempatan Muhammad Sayuti dan Izzat abdul Ghani.
Kita jaga kita, kita sokong pelukis anak tempatan.
Sila Klik untuk Memohon I-SINAR KWSP

Sila Klik untuk Memohon I-SINAR KWSP

  • Kategori 1: Ahli yang tidak mencarum sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa permohonan dibuat, ataupun mereka yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas sejak tarikh 1 Mac 2020.
  • Kategori 2: Ahli KWSP yang masih berkerja dan pencarum. Mereka mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020
  • Permohonan i sinar boleh dilakukan secara online dengan melayari pautan ini https://isinar.kwsp.gov.my/
Permohonan boleh mula dibuat kepada pada 21 Disember 2020.

CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1

  1. Layari https://isinar.kwsp.gov.my/ pada 21 Disember 2020.
  2. Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon bimbit
  3. Tekan TERUSKAN
  4. Isikan nombor One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS dan Sahkan OTP. Atau Jawab Soalan Keselamatan untuk Pengesahan.
  5. Tetapkan amaun pilihan.
  6. Tetapkan Bayaran BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN.
  7. Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
  8. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
  9. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tanda v sebelum tekan HANTAR.
  10. Permohonan anda diterima dan akan di proses.


Bayaran pertama i Sinar akan dibuat bulan Januari 2021 selama tempoh 6 bulan dari tarikh pertama pengkreditan.
  1. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
  2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
    1. Masih aktif
    2. Milik anda
    3. Bukan akaun bersama
Ahli KWSP digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima transaction authorisation code (TAC) di kiosk atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank adalah aktif.

Sup Kambing Terbaik di Kedai Nasi Lemak Kopi O Kota Bharu

Sup Kambing Terbaik di Kedai Nasi Lemak Kopi O Kota Bharu

Kali ini MENU TERBARU adalah SUP KAMBING ALA MAMAK di Nasi Lemak Kopi O Kubang Kerian.

Rasa nya menjadi Superrrr Sedap & memang power ahh.. Rasa yg ummmmppphhh...
Ia boleh diambil terus begitu sahaja atau dimakan bersama roti. Nak makan dengan nasi pun boleh. 
Sup jenis ini agak berminyak sedikit dan pekat.
Tapi memang terbaik dari segi rasa.
Banyak isi kambing penuh mangkuk.

Sup kambing rempah mamak ini sesuai dihidangkan semasa cuaca sejuk kerana ia akan memanaskan tubuh badan kita serta merta. (sedey molek kat kota bharu ni musim hujey)

Sedak sengoti hirup kuoh sup kambing syrrupp syurrpp.. Pakat tera deh. Memey sekali tera sero nak gi lagi. 
Muroh plok tu, 1 set cuma Rm8 sahaja.
Puas hati.. Pasti repeat lagi... 👍👍👍
Operasi Kedai setiap hari kecuali jumaat. 
Dibuka 7pagi sehingga malam.
Pelbagai menu lain turut ada.
Nasi lemak, roti jala, lontong, laksa sarang dll.

#supkambing 
#supkambingmamak
#NasiLemakKopiOKubangKerian 
#nasilemak

 

Cafe Hipster KB Brewster Di Kota Bharu

Cafe Hipster KB Brewster Di Kota Bharu

Tempat paling suka untuk minum minum coffee semestinya di @kb.brewster

Kedai kopi hispter yang pertama yang kami masuk di sini lah. Ada la beberapa tpt lagi kami cuba tapi di sini juga yang jadi favourite.Cakenya tak pernah tak sedap. Semuanya sedap belako lebih lebih lagi Rainbow Mille Crepe Cake
- Spaghetti Bolognese - Nasi Ayam Buttermilk -Korean Drumwings -Fries
-Cheezy Meatball -Fettucinne Carbonara -Chicken Burger
-latte caramel -Cappucino -Americano -Mocha -Espresso -Latte Almond -Mocha Frappe -Caramel Frappe -Lemon Tea -Manggo Frappe -Choc Frappe

Kopi membuat seseorang lebih bahagia!

Facebook : https://www.facebook.com/KBBrewster-1512637395700965
https://www.instagram.com/kb.brewster
https://www.instagram.com/kb.brewster_pasirpekan
https://www.instagram.com/kb.brewster.koklanas
Lokasi: Jalan Abdul Kadir Adabi ( sebelah stesen minyak SHELL Kg. Paya Bemban, Berek12 ).

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com