2/1/22 - 3/1/22 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 2/1/22 - 3/1/22
Moment Positif Hamil dan Tumpah Darah

Moment Positif Hamil dan Tumpah Darah

Seminggu sebelum kejadian. Mama An alami fasa muntah muntah/mual. Dalam keadaan was was juga untuk cek kehamilan dek 1 tahun 7 bulan belum didatangi period selepas melahirkan anak keempat iaitu Marissa Imani. Yaaaa belum datang period. Maklumlah full breastfeeding. 

Kami bersetuju untuk mencuba dan membeli di guardian. Pada esok pagi Mama Ancuba, resultnya Positif. Gembiranya hati kami. (Walau ada juga yg cuba yg nak rosakkan mood) - berkaitan kerja.

Keesokkan harinya juga kali kedua Mama An mencubanya dan jawapan tetap Positif. Lapangnya hati kerana kami akan menerima kehadiran orang baru lagi. Ye lah, mana mana mama or papanya pasti gembira akan rezeki datang lagi. We are so happy! Tak pernah salah kalau cek ni.

We decide nak jumpa favourite doc but masa tu our doc tengah bercuti soooooo kami tangguhkan dahulu. Malas la nak ke clinic cuz boleh je rasanya menunggu our favourite doc kan.

Lagipun before this pregnancy yang ke empat, dah 5 month baru sedar kerana kami x sangka akan menerima orang baru sebab diri ni memang berisi kerana makan banyak. Mustahil la pregnancy kan.

Dipendekkan cerita 18hb February 2022 (jumaat malam)

Sekitar 8.40pm di Nasken Pengkalan Chepa, Mama An sedari yang “tumpah darah” sedikit. Terkejut! Kemungkinan terlalu penat bergolek takoyaki pada siang hari dan hari hari sebelum ini. Kerja kerja kerja! Perasaan waktu ini, peehhh hancur!!! Nangis. Sedih yang amat sangat dan juga panic. Kenapa perlu ada darah kan. Suami menenangkan, Insyaallah tiada apa apa yang kritikal berlaku.

Kami terusssss sahaja ke Clinic Primier Doc Sabariah di Belakang Tesco Kbharu. Sekitar jam 9.15mlm kami tiba di Clinic. Di situ Mama An terus di scan dah di sahkan hamil Kemungkinan besar 4/5minggu. Itu pun mengikut rumah(kantung) yang ada di dalam perut cumanya tidak nampak “baby” nya.  Doc cuma buat andaian masih di peringkat awal. Diberikan vitamin, ubat kuatkan rahim, asid folic dan ubat tambahkan darah. 

After 1 week, hari khamis bertarikh 24hb February 2022 kami dapat slot untuk berjumpa dengan our favourite doc, iaitu Doc Awang di KPJ Kota Bharu. Semua hasil kelahiran anak anak melalui Doc Awang. Alhamdullilah.

Hati mula berdebar tapi Mama An dah redha dengan apa sahaja jawapan yang Doc Awang katakan nanti. Itu yang terbaik. Yea walau hati kata terima sebarang result tapi senagai manusia, naluri seorang Mama mesti nak baik kan.

Hasil dari pemeriksaan nya. Dukacita di maklumkan yang anak kami dh pun mati yang tinggal hanyalah kantung sahaja. Di scan nya perut beberapa kali, di masukkan camera (transvagina ultrasound) dan jawapannya 99% dengan yakin Doc Awang mengesahkan “janin” iaitu anak itu tidak menjadi dan yang dipanggil “keguguran”. Kantung nampak kosong dan tak nampak fetal pole. Urinya agak besar. Itu membuatkan kita loya/mual. Hormonnya membuat kita rasa begitu. 

Perasaan Mama an hanya tenang sahaja waktu ini. Bertenang dahulu berpanik kemudian.

Kenapa Mama An rasa macam sengugut mahupun lenguh belakang, ini kerana kantung semakin mengecil dan leper. Yolk soc memang ada.

Selain D&C, caranya ianya gugur sendiri cuma tak pasti bila. Kemungkinan cepat, Kemungkinan juga mengambil masa dan berkemungkinan tiada mengeluarkan kesemuanya dan tetap perlu membuat d&c. Tahap sakitnya kurang sedikit dari bersalin sebenar dan cara ketiga dengan ubatan bagi mengerluarkannya. Ini tahapnya sakit seperti bersalin. Doc sarankan membuat rawatan D&C terus.

Okay. Kami mengambil keputusan untuk membuat temujanji pada hari Ahad, 27hb February 2022 di Hosp Besar Perempuan Zainab Kota Bharu.

Menunggu dengan penuh ketakutan siang malam bila bunyi terpaksa membuat D&C. Sepatutnya rawatan ini dibius dan dilakukan secara tidak sedar tapi risau pulak di sebaliknya. Menunggu dengan penuh kerisauan. Bila belum ada experience dalam keguguran tapi Alhamdullilah sebelum ini lahirkan anak sebelum ini semua secara normal. Kita pun tahu tahap sakitnya mmg susah nak diungkap tp dipermudahkan, sakitnya tidak lama. Tipu la kalau kata tidak menangis.

Selalu sahaja menangis kerana “takut”. Bukan kerana sakit. Seminggu “darah” keluar tetapi tiada lah rasa kesakitan yang teruk.  Sekalo sekala terasa seperti “period pain”. Kalau baring kurang lah, kalau kita melakukan aktiviti laju lah ia turun. Tetap boleh ke sana sini tapi dikurangkan kerja kerja berat.

Next Mama An sambung ya!

Keguguran buat kali Pertama

Keguguran buat kali Pertama


Throwback

26 February 2022. Hari yang tidak dapat Mama An lupakan.

Ini lah kali pertama sepanjang perkahwinan, Mama An mengalaminya. Tak Dapat Describe. Hanya Ibu Yang Pernah Lalui Akan Tahu, Sedihnya Bila Keguguran.

Walau kandungan itu masih di peringkat awal iaitu 7 minggu tapi agak terkilan juga lah kerana dalam sejarah hidup juga lah akan mengalami fasa “keguguran” setelah 4 kali berjaya lahirkan anak anak yang sihat, alhamdullilah.

Walau bagaimanapun, Mama An bersyukur sangat sangat kerana dipermudahkan kerana janin yang gugur itu telah keluar dengan sendirinya tanpa perlu dicuci dengan kaedah D&C.

Sesungguhnya mata menitiskan air mata dan hati ini bersedih tetapi kita tidak boleh melawan takdir Allah dan ia ada lah ketetapan dari Allah.

Bak kata Doc Awang,
Jika ditakdirkan hidup kemungkinan akan alami kecacatan dan menderita.

Sentiasa positifkan diri, insyaAllah pasti Allah akan menggantikan kehilangan ini dengan yang lebih baik. Semoga terus yakin dan tabah. Ameen.


Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com