1/1/20 - 2/1/20 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 1/1/20 - 2/1/20
Date in South Thailand, Malaysia & Indonesia

Date in South Thailand, Malaysia & Indonesia

Sekitar persiapan terakhir di Stadium Maharaj, Sungai Kolok, Narathiwat Thailand sempena program Date In South.

Tarikh : 31 January 2020 -  2 February 2020.
Waktu : 10 pagi - 10 malam
Dijemput orang ramai hadir bagi memeriahkan lagi program antara 3 Negara iaitu Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Jumpa anda di sana!
Joey Tong Vinspire Sdn Bhd

#TeamMalaysia #DateInSouth #Malaysia #Indonesia #Thailand
KAK WOK Belakang KBMC LUNDANG, KOTA BHARU

KAK WOK Belakang KBMC LUNDANG, KOTA BHARU

Simply The Best' Nasi Kak Wok. 

Rasanya kalau ditanya majoriti rakyat Kelantan tentang apa dia nasi Kak Wok?

Mereka akan membayangkan nasi ayam goreng yang dipotong kecil bersama kuah gulai kerompes ( sayap, tengkuk, pedal, hati dan sebagainya).

Premis Nasi Kak Wok (The Original) ialah terletak di Kampung Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra atau dengan landmark pengecamannya adalah lorong Kota Bharu Medical Centre (KBMC)

Premis Nasi Kak Wok merupakan sebuah tempat makan yang sederhana , tiada layanan teristimewa malah layan diri sambil berdiri. Pinggannya pula hanya beralaskan kertas pembungkus nasi.
Premis Nasi Kak Wok (The Original) ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 7.30 pagi hinggalah 4.00 petang.

Pasal harga , Nasi Kak Wok standard adalah hanya RM4.50. Apa lagi yang kita mahu, makanan sedap, harga murah untuk seisi keluarga kita.

#VisitMalaysia2020 #VM2020 #visitkelantan2020 #KelantanDiHati #TMK2020 #TahunMelawatKelantan2020 #bloggerpantaitimur #bloggermalayasia #bloggerkelantan #makanpantaitimur #selerapantaitimur #jalanjalancarimakan #NikNurehanDotCom #jjcm

Date in South Thailand, Malaysia & Indonesia

Date in South Thailand, Malaysia & Indonesia

Tarikh : 31Jan - 2 Feb 2020 (3 hari)
Tempat : Stadium Maharaj, Sungai Golok, Narathiwat.
Waktu : 10 pagi sampai 10 malam.
Program Date In South dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan Negara Thailand YB. Mr. Jurin Laksanawisit & Menteri KPDNHEP Malaysia YB Datuk Seri Saifudding Nasution Bin Ismail.
Perihal Program; Total booth 200 unit. Malaysia 40. Indonesia 10 dan selebihnya dari Thailand. Saiz Booth 2m x 2m. Warna purple. Zone C. Bawah half moon.
Sewaan booth ditanggung oleh pihak kerajaan thailand dan pihak Vinspire dijemput utk menjayakan program tersebut kerana ini merupakan projek permulaan tahun 2020 di antara thailand dgn malaysia. Masih byk projek seperti ini lagi cuma tak menjanjikan bahawa semua adalah free. (Booth ini bernilai RM 3500)
Kepada yang berminat dan belum submit borang pendaftaran diminta buat segera sebab nak buat pengisian booths / booth numbering dan juga buat sticker utk tampal di nama booth. Boleh dapatkan borang dan emelkan kepada di vinspireth@gmail.com

Hotel ni bayar mcm mana nanti? Ada transport utk ulang alik ke event ke?
Utk urusan bawa barang masuk tu akan pihak vinspire cuba mudahcarakan. Minta provide senarai barang + nama driver beserta passport + plat kenderaan yg ingin anda bawa masuk utk program tersebut. 1 x Meja, 2 x kerusi, 1 x plugpoint disediakan. Kena bawa universal plugpoint ya sbb di thailand xde earth. Guna 2 pin je.
Pihak Vinspire tolong booking shj. Genting Hotel, Sugnai Ko-Lok, Narathiwat Thailand.
Room Rate
Room Type : Double Bed/Twin Bed Room

Price (Breakfast included) : For 1 Person/940 Baht

For 2 Person/1,190 Baht
Price (No breakfast) : 690 Baht


#TeamMalaysia #DateInSouth #Malaysia #Indonesia #Thailand

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com